Hadi hina institusi kehakiman, Perlembagaan – Hasbie

Hadi hina institusi kehakiman, Perlembagaan – Hasbie

Pemuda Amanah mendakwa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menghina institusi kehakiman dan Perlembagaan Persekutuan.

Ketuanya, Hasbie Muda membuat dakwaan itu berdasarkan rencana Abdul Hadi bertajuk “Meninggikan syariat Allah amanah besar” yang disiarkan laman web rasmi PAS, hari ini.



“Tulisan Abdul Hadi ‘Namun demikian, kini muncul kalangan hakim yang ‘bijaksini’ (bukan bijaksana) yang kepala dan akalnya dipengaruhi oleh tulisan warisan penjajah’ adalah satu bentuk penghinaan yang amat jelas terhadap institusi kehakiman dan Perlembagaan negara.

“Abdul Hadi sebagai ahli parlimen yang mengangkat sumpah untuk menjunjung Perlembagaan, sepatutnya beliau memahami pentingnya menghormati keputusan mahkamah yang berpandukan Perlembagaan yang serupa.

“Tindakan yang sepatutnya diambil adalah melalui proses pindaan Perlembagaan, bukan mengeluarkan kenyataan yang merendahkan martabat institusi kehakiman,” kata Hasbie dalam kenyataannya.

Tulisan Hadi disiarkan sewaktu pelbagai pihak memberikan reaksi terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 baru-baru ini.



Ia juga disiarkan pada hari yang sama selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran bahawa pihaknya sedang memantau reaksi orang ramai terhadap kes tersebut.

“Walaupun tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, Abdul Hadi sebagai seorang ahli parlimen yang cukup lama sewajarnya faham keputusan hakim adalah berpandukan Perlembagaan Persekutuan.

“Kegagalan sebenar adalah pada sosok Abdul Hadi sebagai ahli parlimen yang pernah menjadi sebahagian dari kerajaan namun tidak ada usaha untuk meminda Perlembagaan, sekaligus mencerminkan dirinya bersikap sambil lewa dalam menjalankan peranan sebagai seorang ahli legislatif,” tambah Hasbie. Mk

Hadi hina institusi kehakiman, Perlembagaan – Hasbie



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker