3 dikait kes Aman Palestin dijangka hadapi lebih 100 tuduhan

3 dikait kes Aman Palestin dijangka hadapi lebih 100 tuduhan

Tiga lelaki bakal menghadapi lebih 100 tuduhan di mahkamah berkait dakwaan pengubahan wang haram melibatkan hasil penyelewengan dana NGO Aman Palestin, menurut sumber.

Sumber itu berkata tiga individu berusia 40-an hingga 50-an itu ditahan pada 11.30 pagi tadi ketika hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk memberi kenyataan.



“Siasatan awal mendapati mereka terlibat dengan perbuatan itu (pengubahan wang) antara 2018 hingga 2023, “ kata sumber itu.

“Ketiga-tiga orang kena tangkap termasuk seorang CEO sebuah syarikat akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada jam 9 pagi esok dengan lebih 100 pertuduhan.”

Sumber itu turut mengesahkan suspek akan didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Tahun lalu, SPRM membekukan 41 akaun bank milik Aman Palestin dan beberapa syarikat lain dengan nilai keseluruhan RM15.8 juta dalam siasatan salah guna RM70 juta NGO itu.



Siasatan melibatkan dakwaan bahawa Aman Palestin menyalurkan wang dalam syarikat dipersoal.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 27 Feb untuk mendengar permohonan Aman Palestin bagi semakan kehakiman terhadap keputusan SPRM membekukan akaun banknya sehingga siasatan selesai. FMT

3 dikait kes Aman Palestin dijangka hadapi lebih 100 tuduhan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua



Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker