MP Julau diserang samseng ‘wild west’

MP Julau diserang samseng ‘wild west’

Ahli Parlimen Julau, Larry Sng mendakwa dia hampir diserang oleh sekumpulan samseng ketika sedang menziarahi masyarakat Cina di kawasan itu.

“Sebab mereka menyebut kepada salah seorang penyokong saya bahawa mereka telah sediakan senjata di dalam kereta untuk menyasarkan saya.



“Tetapi kerana itu tidak berlaku, terjadi pertengkaran dan apabila penyokong saya cuba menenangkan keadaan, mereka menolak seorang Tuai Rumah (ketua rumah panjang) ke tanah,” katanya.

Dalam catatan Facebook, Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) itu berkata keadaan pekan yang dahulunya aman di Sarawak kini menyerupai “wild west”.

“Sepanjang lebih setahun, judi dalam talian, telah menjadikan bandar dan pekan-pekan di Sarawak dikuasai oleh samseng daripada kumpulan berbeza.

“Di Julau, selain daripada judi dalam talian, aktiviti haram mereka berkembang kepada penjualan dadah, seludup (rokok dan minuman keras) kepada pinjaman wang haram,” katanya.



Sng berkata, kumpulan samseng itu telah memaksa pemilik kedai kopi membeli barang seludup mereka di Pakan dan Julau serta memerah margin keuntungan daripada pekedai.

Tambahnya mereka yang menentang akan menerima ancaman.

“Dalam satu kejadian beberapa bulan lalu, ‘batu’ (methamphetamine) dijual di khalayak ramai, di bandar Julau, untuk menunjukkan bahawa mereka tidak boleh disentuh,” dedahnya.

Menurut Sng, dia juga dimaklumkan beberapa penjawat awam dan tuai rumah turut berhutang dengan samseng berkenaan.



Disebabkan itu, katanya mereka terdesak untuk menjual tanah dan meminjam wang untuk membayar balik samseng berkenaan yang mengenakan kadar faedah terlalu tinggi.

“Ramai daripada mereka ini tidak mampu membayar balik dan sering diancam,” tambahnya.

Mengenai pertemuannya, Sng, yang menyifatkan ia sebagai “bodoh dan angkuh”, berkata beliau tidak mahu memperbesarkan perkara itu tetapi menggesa polis untuk melihat situasi berkenaan.

“Sekiranya kegiatan mereka diteruskan dengan cara yang kurang ajar, pihak berkuasa dari Bukit Aman perlu bertindak keras terhadap mereka.



“Ini adalah mengabaikan undang-undang dan ketenteraman sepenuhnya dan perkara seperti itu tidak boleh dipandang ringan,” tambahnya. Mk

MP Julau diserang samseng ‘wild west’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua



Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker