3 hari dipujuk, akhirnya turun dari bumbung rumah pangsa

3 hari dipujuk, akhirnya turun dari bumbung rumah pangsa

SANDAKAN: Selepas lebih dua hari, seorang lelaki dipercayai kurang siuman akhirnya termakan pujuk lalu turun dari bumbung sebuah bangunan rumah pangsa empat tingkat di sini hari ini, dengan bantuan pasukan bomba.

Menurut kenyataan bomba Sabah, lelaki berumur 39 tahun dikenali dengan panggilan “Jinjing” yang memanjat bangunan itu pada malam Isnin lepas, diselamatkan sepasukan bomba dan penyelamat kira-kira 2 petang tadi.



“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Duchess of Kent menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut. Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada 2.08 petang,” menurutnya.

Dalam kejadian 8.45 malam Isnin, ahli keluarga lelaki terbabit memujuknya untuk turun, namun tidak diendahkan sehingga mereka membuat panggilan kecemasan ke balai bomba dan penyelamat Sandakan pada 10.58 malam untuk meminta bantuan.

Sementara itu, Ketua Polis Sandakan Abdul Fuad Abdul Malek berkata pasukan penyelamat telah merancang dan merangka kaedah terbaik untuk menyelamatkan Jinjing, namun kaedah pujukan tanpa putus asa akhirnya membuahkan hasil.

“Selama tiga hari (bermula Isnin), sesi memujuk dijalankan hinggalah ke hari ini kerana bimbangkan keselamatan mangsa sendiri (Jinjing) yang berada di atas (bumbung).



“Usaha memujuk melibatkan kerjasama pasukan bomba, polis serta pihak hospital,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Abdul Fuad turut berterima kasih kepada orang awam di sekitar perumahan itu atas kerjasama terhadap pasukan penyelamat serta mematuhi semua arahan bagi melancarkan operasi menyelamat.

“Alhamdulillah, tidak ada sebarang kecederaan dan tidak ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku pada mangsa, mahupun orang awam dan pihak penyelamat,” katanya. FMT

3 hari dipujuk, akhirnya turun dari bumbung rumah pangsa



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut



Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua

Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin



Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker