Aslam nak tambah satu lagi

“Masih dipertimbangkan. Kalau ada, Alhamdulillah,” katanya.

Demikian perkongsian madu kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan apabila menjawab pertanyaan keinginan menimang cahaya mata ketiga dengan suaminya, Ahmad Aslam.

Misya, 25, menerusi video pendek dimuat naik dalam aplikasi TikTok sempat bergurau mengenai ‘nombor tiga’, merujuk kepada pertambahan anak atau jumlah isteri suaminya.



“Tiga yang mana tu kak? Yang nombor tiga ehem (isteri) atau anak nombor tiga? Tapi, apapun masih merancang,” katanya dalam video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun.

Dalam hantaran sama, Misya turut berkongsi pengalaman melahirkan dua cahaya mata lelaki, Nuh dan Hud.

Misya berkata, dia tidak mengalami alahan teruk dan semuanya dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan.

“Dua-dua normal (proses kelahiran). Nombor satu susah sikit nak keluar. Nombor dua lagi senang.



“Alhamdulillah mengandung dua-dua orang tiada mabuk, tiada macam mengidam sebab saya tak perasan mengandung. Sebabnya saya memang ‘period’ tak tentu,” katanya.

Misya meluahkan rasa syukur sebulan berkahwin, dia dan suaminya terus dikurniakan anak.

“Alhamdulillah, saya kahwin pada usia muda ketika usia 21 tahun. Pada awalnya, rasa macam boleh ke saya jadi mak dan membesarkan

anak. Tapi dalam masa sama, saya gembira.



“Masa melahirkan anak pertama suami tak teman sebab COVID-19, tapi anak kedua boleh teman sebab bersalin di hospital swasta.

“Ketika melahirkan anak pertama saya masuk hospital bukan sebab sudah tiba masa. Ketika hamil, saya ada kencing manis, tiba-tiba malam itu juga terbuka bukaan, kiranya tak bersedia lagi mental nak bersalin,” katanya yang menjawab pertanyaan pengikut sambil disolek.

Terdahulu, rumah tangga Misya menjadi bualan ramai selepas Aslam didakwa bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Perkara itu seterusnya disahkan oleh kakak Misya dikenali sebagai Nadiah Mazlan bahawa adiknya dimadukan.



Aslam dan Marissa didakwa mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan Misya yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

Namun, ibu bapa Marissa iaitu pasangan selebriti, Abby Abadi dan Norman Hakim masih tidak mengeluarkan kenyataan atau mengesahkan mengenai dakwaan pernikahan anaknya. BH

Aslam nak tambah satu lagi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua



Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker