PAS tetap tagih kerjasama walau UMNO dah ‘tutup buku’

PAS tetap tagih kerjasama walau UMNO dah ‘tutup buku’

PAS tidak akan menutup ruang kerjasama dengan Umno untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) di sebalik kenyataan “tutup buku” oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi Puad Zarkashi.

Merujuk kenyataan Puad yang parti itu tidak lagi mahu berbincang menghidupkan semula MN, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin tetap dengan pendirian sebaliknya kerana masih berpandangan kepentingan perpaduan ummah, termasuk perkembangan mutakhir yang didakwanya serangan terhadap kesucian Islam.



Bagaimanapun, beliau menegaskan kerjasama itu perlu membabitkan Bersatu, rakannya dalam Perikatan Nasional (PN) yang menjadi halangan terbesar Umno.

“Jika ada orang tak setuju itu hak dia tapi kita tak pernah tutup pintu terutama antara PAS dengan Umno, kita tak pernah tutup (usaha bekerjasama) walaupun mereka letak syarat supaya kita ketepikan Bersatu baru dia (Umno) mahu.

“Tak sepatutnya berlaku begitu, sepatutnya mereka kena ketepikan DAP,” katanya.

Semalam, Puad mendakwa kenyataan Hashim bahawa “yakin” ada perbincangan secara tidak langsung antara pimpinan parti itu dengan Umno bagi menghidupkan MN bertujuan memecahkan kerjasama parti dalam kerajaan perpaduan.



Katanya, Umno “kenal hati budi” PAS dan lebih selesa bekerjasama dalam kerajaan perpaduan semasa yang boleh bertolak ansur dalam isu seperti cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming untuk menjadikan Kampung Baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco).

Puad turut mempelawa PAS menyertai kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim jika benar-benar mahu bekerjasama.

Menegaskan pendirian PAS, Hashim berkata partinya tidak boleh bekerjasama dalam kerajaan perpaduan yang mana DAP turut berada di dalamnya.

“DAP bukan lagi boleh dibuat kawan kerana dasarnya tidak memberi kebajikan kepada perpaduan yang kita mahu. Pengalaman kita dengan DAP cukup untuk kita tolak DAP. Pengalaman pahit…memang pahit.



“Dia berjanji begini tapi bila tiba masanya (dia tak tunaikan),” katanya merujuk usaha PAS yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) ditentang keras parti itu. FMT

PAS tetap tagih kerjasama walau UMNO dah ‘tutup buku’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Nasi ayam harga RM14 lauk ‘ciput’ buat pelanggan terkejut

Madu Marissa, Misya dan Aslam makan semeja, netizen pertikai kenapa kahwin dua



Enakmen Syariah Kelantan bukan Hudud bukan Qisas – Nik Elin

Tular gambar Nik Elin-Takiyuddin bersama, Awang Hashim sentap



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker