Jurujual cabul sepupu berumur 15 tahun diberkas ketika sambut Tahun Baharu Cina

BATU PAHAT: Seorang jurujual syarikat penapis air direman tiga hari bermula hari ini selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan yang juga sepupunya di sebuah rumah di daerah ini, dua tahun lalu.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Suhaili Shafi’uddin bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 terhadap suspek.

Suspek berusia 27 tahun yang bekerja di Singapura, ditahan selepas pulang ke rumahnya di bandar ini untuk menyambut Tahun Baharu Cina, Ahad lalu.



Penahanan suspek dilakukan selepas mangsa membuat laporan polis mendakwa dua kali dicabul iaitu pada Jun dan Oktober 2022, ketika mangsa tinggal bersama keluarga suspek selepas kematian ibunya.

Difahamkan, mangsa ditinggalkan bersama keluarga suspek selepas bapanya bekerja sendiri dan tidak mempunyai masa untuk menjaganya.

Ibu mangsa meninggal dunia ketika dia berusia enam tahun dengan kejadian didakwa berlaku sewaktu mangsa berusia 15 tahun, namun laporan polis hanya dibuat pada Oktober tahun lalu.

Polis cuba mengesan suspek susulan laporan dibuat mangsa, namun gagal kerana lelaki itu bekerja di Singapura.



Suspek berjaya ditahan Sabtu lalu dan direman bagi membantu siasatan mengenai kejadian itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin



Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker