Ahmad Maslan bela Zahid atas kegagalan Najib dapat pengampunan penuh

Tiga hari selepas Datuk Seri Najib Razak diberikan pengurangan 50 peratus hukuman penjara 12 tahun sedang dijalaninya sejak 2022, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti berkenaan akan meneruskan usaha dan tindakan pembelaan ke atas Perdana Menteri Keenam itu.

Pengurangan hukuman ke atas Najib diumumkan Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pada 2 Februari.

Biarpun bekas Presiden UMNO dan bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu sudah diberikan pengurangan hukuman, termasuk denda, Ahmad Zahid berkata, usaha membela Najib perlu diteruskan kerana bekas pemimpin mereka didakwa tidak diberikan keadilan sejak awal perbicaraan di mahkamah.

Tegasnya lagi seperti dilaporkan media pada 5 Februari, UMNO bukan memohon pembebasan, sebaliknya ia tindakan pembelaan untuk bekas Ahli Parlimen Pekan berkenaan melalui rayuan dan permohonan pembelaan atas ihsan atau ‘fountain of mercy’ Yang di-Pertuan Agong.

Namun, ada pihak mendakwa Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri itu gagal mendapatkan pengampunan penuh untuk Najib, malah ada juga kajian oleh badan bukan kerajaan (NGO) merumuskan sokongan ahli UMNO kepada Ahmad Zahid merudum disebabkan hal itu.

Kepada dakwaan demikian, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata hanya individu yang memahami usaha Ahmad Zahid dapat melihat Presiden UMNO itu sentiasa berusaha mendapatkan pengampunan penuh untuk Najib.

“Itu jawapannya (hasil kajian dakwa sokongan ahli UMNO kepada Ahmad Zahid merudum) bila ditanya kepada satu kumpulan tertentu, namun bila ditanya kepada orang yang memahami, akan menyatakan presiden berusaha dan terus berusaha (pengampunan Najib).

“UMNO tidak membuat sebarang kajian mengenai perkara itu (sokongan terhadap Presiden UMNO), namun sebagaimana usaha kita sebelum ini, UMNO akan terus berusaha mendapatkan pengampunan penuh kepada Datuk Seri Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sembang santai anjuran Badan Perhubungan UMNO Perlis dengan kerjasama UMNO Bahagian Kangar di Bintong, di sini semalam.

Katanya lagi, UMNO sentiasa mendukung usaha supaya Najib dapat diberi pengampunan penuh atas dua sebab, pertama bersandarkan penghakiman Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli yang sebelum ini memutuskan Najib wajar dibebas dan dilepaskan.

Sebab kedua, katanya, adalah jasa Najib bukan hanya sebagai perdana menteri, tetapi yang sudah bermula sejak bekas Presiden UMNO itu berusia 23 tahun hingga 65 tahun apabila menjadi ahli Parlimen buat kali pertama selepas kematian bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak.

“Jasa beliau sehinggalah dilantik menjadi timbalan menteri, Menteri Besar Pahang, menteri di beberapa kementerian, timbalan perdana menteri dan perdana menteri,” katanya yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Pontian.

Ahmad juga memaklumkan, rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim akan dibuat.

“Saya difahamkan ia sekarang dalam proses untuk dilakukan dan sudah tentu rayuan itu perlu datang daripada keluarga dan peguam Najib sendiri,” katanya menambah rayuan wajar dibuat mengenangkan jasa Najib sejak usia 23 hingga 65 tahun dan untuk penghakiman yang ad

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker