Berdamailah Ali Puteh, Hidayah

Berdamailah Ali Puteh, Hidayah

BERTAHUN-tahun dengar cerita sama, bertelagah dalam media sosial, isu hutang dan bayar saman.

Sampai naik muak dan penat netizen termasuk Diva hendak hadap masalah sama berulang kali mengenai Ali Puteh dan kakak iparnya, Hidayah.



Sejak arwah Abam meninggal dunia pada 2020, tidak putus-putus cerita negatif mengenai ahli keluarganya membanjiri media sosial dan semuanya tentang harta.

Saling tuduh-menuduh sehinggakan tidak tahu siapa yang berada di pihak yang benar atau salah.

Terbaharu, Diva terbaca Ali sanggup menjual asetnya termasuk kereta, motosikal dan trofi kemenangan untuk melunaskan bayaran saman kepada Hidayah.

Moga selepas ini semua cerita negatif tentang mereka akan tamat dan tiada lagi isu berbangkit. Berdamailah ya, jangan terlalu ego.



Jangan pula timbul cerita lain, hendak saman lagi pula, penat! Hidayah pula berhentilah sengaja cetuskan gimik hendak nikah atau bertunang, kasihan ramai yang kena tipu hidup-hidup. K Online

Berdamailah Ali Puteh, Hidayah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin



Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker