Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

SEWAKTU usia remaja, Mila (bukan nama sebenar) mengakui bahawa dia bukanlah seorang gadis yang baik.

Kehidupannya sangat liar dan sering bersosial ke kelab malam bersama rakan-rakan bagi memenuhi jiwa remajanya yang memberontak.



Menurut wanita asal negeri di Pantai Timur itu, dia menjadi sedemikian kerana kejutan budaya selepas merantau ke Kuala Lumpur untuk menyambung pengajian.

“Di kampung, kehidupan saya sangat konservatif, bersekolah di madrasah dan banyak menghabiskan masa di rumah seperti anak dara kampung umumnya.

“Namun, selepas menyambung pengajian, segalanya berubah, kehidupan saya bertukar 360 darjah daripada gadis solehah kepada minah kelab yang tidak kenal halal dan haram,” katanya ketika dihubungi Panorama.

Tambah Mila, semuanya kerana perkenalan bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Joe (bukan nama sebenar).



Kongsinya lagi, Joe yang banyak membawanya ke arah gaya hidup Barat. Mila juga pernah beberapa kali terlanjur bersama teman lelakinya itu dan turut membuat rakaman hubungan seks mereka (ketika itu klip 3GP).

Bagaimanapun, hubungan mereka tidak bertahan lama, Mila dan Joe berpisah selepas beberapa bulan menamatkan pengajian.

Mereka berpisah kerana Mila mendapat tahu bahawa Joe curang dengan rakan baiknya sendiri dan mereka telah merancang untuk berkahwin.

Perpisahan itu memberikan tamparan hebat buat Mila yang kemudian membawa diri pulang ke kampung.



“Di kampung, saya mula muhasabah diri dan kembali ke jalan Allah serta bertaubat daripada dosa-dosa silam.

“Selepas setahun duduk di kampung, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang juga merupakan guru agama di sekolah dekat kampung,” ujarnya.

Ceritanya lagi, perkenalan itu banyak mengubah dirinya dan pada masa sama lelaki tersebut menerima Mila apa adanya walaupun mengetahui akan masa silamnya yang gelap.

Namun begitu, kisah lalu Mila kembali menghantui dirinya selepas dia sudah berkahwin dan bahagia bersama suami.



Mila tidak menyangka bahawa Joe akan kembali dalam hidupnya, namun bukan untuk merebut cinta tetapi membawa petaka daripada kesilapan silam.

“Saya memang putus hubungan dengan Joe tetapi ada mendengar khabar daripada kawan-kawan bahawa dia sudah bercerai.

“Suatu hari saya mendapat panggilan daripada dia dan terkejut kerana dia mengugut untuk menyebarkan video hubungan seks kami sekiranya saya tidak memberinya wang,” katanya lagi.

Hal ini membuatkan Mila gelisah kerana dia sendiri tidak bekerja untuk memberikan wang kepada lelaki durjana itu dan kisah berkaitan kewujudan video tersebut tidak pernah sekali dikongsi dengan suaminya.



Dalam beberapa hari selepas menerima panggilan tersebut, Mila sangat resah hingga mendapat perhatian suami yang risau akan perubahan sikapnya.

Awalnya setiap kali suaminya bertanya Mila hanya mengelak untuk menjawab tetapi apabila sudah kerap kali diugut oleh Joe dia kemudian tiada pilihan selain jujur dengan apa yang berlaku.

“Selepas mengetahui hal itu, suami saya mulanya terkejut, namun dia tetap tenang dan mengatakan bahawa apa yang berlaku ialah masa lalu dan dia tidak marah akan apa yang terjadi.

“Dia kemudian membawa saya ke balai polis dan menyuruh saya untuk membuat laporan berhubung perbuatan Joe,” ujarnya.



Katanya lagi, dia amat bersyukur kerana Allah mengurniakan dirinya seorang suami yang sangat baik dan melindungi dirinya meskipun terjebak dalam jerat masa silam yang gelap. K Online

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker