Perenang Israel kena ‘boo’

Perenang Israel kena ‘boo’

Perenang Israel, Anastasia Gorbenko mengenepikan ejekan orang ramai pada Kejohanan Renang Dunia di Doha, awal pagi tadi.

Anastasia meraih perak dalam acara 400 meter (m) gaya bebas tetapi penonton di Qatar mengejeknya apabila dia naik ke podium untuk mengutip pingatnya, dan sebelum itu dalam temu bual di tepi kolam selepas tamat perlumbaan.



“Ini bukan kali pertama, sudah seminggu saya berada di sini. Saya mendengar semua ejekan itu tetapi saya menggunakan fon telinga, saya berada di zon saya.

“Saya di sini untuk melakukan apa yang saya suka lakukan, iaitu sukan. Saya di sini untuk mewakili negara saya.

“Ia bukan kali pertama atau terakhir. Pada akhirnya, saya di sini untuk beraksi, itulah yang saya terbaik saya lakukan,” katanya.

Dia menambah: “Sesiapa yang tidak menyukainya itu bukan masalah saya, kami di sini untuk bersukan.”



Dia berkata dia tidak berasa berdebar untuk memungut pingatnya, walaupun menerima sambutan yang tidak menyenangkan.

“Saya bekerja keras untuk pingat ini, saya layak berada di podium, tidak mungkin saya melepaskan saat ini hanya kerana segelintir sifat kebudak-budakan,” katanya.

Perang Gaza membabitkan tentera Hamas dan rejim zionis bermula pada 7 Oktober lalu yang mengakibatkan kematian hampir 30,000 ribu rakyat Palestin dengan kebanyakkannya wanita serta kanak-kanak. HM

Perenang Israel kena ‘boo’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu



Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah



Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker