Rafizi masuk hospital lagi

Anwar ziarah Rafizi di hospital

Rafizi masuk hospital lagi

WALAUPUN sibuk dengan jadual padat seharian, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa melawat Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli di hospital.

Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, hari ini.



Bagaimanapun, Anwar tidak berkongsi faktor menyebabkan Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR dimasukkan ke hospital.

Beliau juga tidak menyatakan masa dan tarikh lawatan itu dilakukan.

Perdana Menteri turut mendoakan Rafizi diberi kesembuhan secepat mungkin.

Beliau turut berkongsi dua keping gambar bersama Rafizi dan petugas kesihatan dipercayai di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM).



“Berkesempatan ziarahi Menteri Ekonomi, saudara Rafizi Ramli yang sedang dirawat di hospital.

“Alhamdulillah keadaan beliau bertambah baik. Mendoakan saudara Rafizi diberikan afiyah sesegera mungkin, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Oktober lalu, Rafizi dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas dilaporkan mengalami serangan jantung.

Beliau kemudiannya selamat menjalani pemasangan stent jantung dan dinasihatkan beerehat.



Bagaimanapun, hanya selepas beberapa hari, Ahli Parlimen Pandan itu kembali semula ke Parlimen untuk sesi ucapan penggulungan kementeriannya pada 30 Oktober 2023. Utv

Rafizi masuk hospital lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun



Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker