Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

“BETUL, saya tarik diri daripada AJL38 sebab ada acara yang telah diatur sebelumnya.”

Demikian kata Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah sekali gus mengesahkan beliau tidak akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).



Jamal, 65, berkata, dia terpaksa menarik diri daripada menyertai pertandingan berprestij itu menerusi lagu Kucuma, duet bersama penyanyi Wany Hasrita kerana terikat dengan komitmen lain.

Acara itu telah dipersetujui lebih awal, saya tidak boleh menolaknya,” kata Jamal.

Selain terpaksa menarik diri kerana terbabit dengan program lain, pelantun lagu Kekasih Awal Dan Akhir itu juga mempunyai beberapa sebab lain yang lebih besar, namun enggan mendedahkannya.

Selain terbabit dengan program lain, ada beberapa sebab lebih besar yang saya tidak boleh kongsikan,” ujarnya.



Pada masa sama, Jamal turut mengakui berasa ralat kerana tidak dapat menyanyikan lagu Kucuma bersama Wany Hasrita di AJL38.

Saya rasa ralat juga tak dapat menyertai AJL38. Antara artis muda, ada terselit saya pula. Tapi tidak mengapa, bukan rezeki saya,” katanya.

Dalam pada itu, Jamal enggan memberikan komen apabila disoal tentang ketiadaan wajahnya dalam video promosi AJL38 yang tular dalam media sosial.

“Tentang ketiadaan wajah saya dalam video promosi AJL38, saya tidak boleh komen apa-apa.



“Kalau tak ada (wajahnya), maksudnya tak adalah,” kata Jamal.

Terdahulu, tular dalam aplikasi X apabila netizen mempersoalkan mengapa penyanyi legenda itu dalam video promosi AJL38.

Kata beberapa netizen, ketiadaan wajah bapa kepada penyanyi Osama Yamani dan Zaki Yamani itu adalah disebabkan beliau telah menarik diri.

Kucuma yang bakal bertanding di pentas AJl38 pada 3 Mac hadapan merupakan lagu yang dicipta sepenuhnya oleh komposer dan penulis lirik A. Ramlee dan Ezra Kong. HG



Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu



Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah



Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker