Enam MP BERSATU terlepas dipecat kalau tarik balik sokongan

Enam MP BERSATU terlepas dipecat kalau tarik balik sokongan

KUALA TERENGGANU: Enam Ahli Parlimen Parti BERSATU yang berpaling tadah, akan terselamat daripada dipecat jika menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Razali Idris, berkata mereka juga tidak perlu mengosongkan kerusi jika mengisytiharkan secara rasmi menarik balik sokongan kepada Anwar sebelum Perhimpunan Agung Khas parti, 2 Mac ini.



Bagaimanapun, katanya, enam ahli Parlimen itu mungkin hanya dikenakan tindakan tatatertib kerana melanggar peraturan parti.

“Peluang buat mereka yang mengisytiharkan menyokong Anwar masih terbuka jika umum tarik balik sokongan, keahlian dan kedudukan sebagai ahli Parlimen selamat.

“Kita difahamkan, ada dalang dan individu tertentu cuba menghasut enam ahli Parlimen itu kekal menyokong Anwar dengan memberi alasan pindaan fasal 10 perlembagaan parti tidak akan memberi kesan kepada mereka,” katanya.

Terdahulu, Razali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, merasmikan majlis penutup program libat urus Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT) serta pengusaha bot di sini, hari ini.



Hadir sama Pengarah LAUT negeri, Safura Mad Juhari.

Enam ahli Parlimen BERSATU yang menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi; Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Razali yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) BERSATU berkata, enam ahli Parlimen masih berpeluang mengubah pendirian tetapi pintu untuk membuat pengisytiharan menarik balik sokongan kepada Anwar tertutup selepas pindaan fasal 10 diluluskan pada Perhimpunan Agung Khas parti bulan depan.

Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghasut enam ahli Parlimen supaya terus kekal menyokong Anwar.



“Individu yang menghasut enam Ahli Parlimen itu untuk kekal menyokong Anwar adalah pemimpin utama parti kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Beliau mendakwa pindaan fasal 10 akan dilakukan parti tidak boleh mengaitkan kesalahan kepada enam Ahli Parlimen berkenaan,” katanya. BH

Enam MP BERSATU terlepas dipecat kalau tarik balik sokongan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin



Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker