Saifuddin nafi hadir dengar ucapan Netanyahu

‘Itu gambar saya dengar ucapan Anwar, bukan PM Israel’

Saifuddin nafi hadir dengar ucapan Netanyahu

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail menyelar penyiaran dakwaan dia hadir mendengar ucapan Perdana Menteri Israel pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unga) sebelum ini.

Dia juga menafikan sekeras-kerasnya satu status media sosial yang mengaitkannya dengan spekulasi pemimpin Israel bahawa negara Yahudi itu mungkin menjadikan Malaysia sebagai destinasi pengecualian visa.



Menulis di X, Saifuddin berakta tindakan berkenaan bernaratif jahat dan adalah fitnah kepadanya dan kerajaan Malaysia.

Menurut Saifuddin, kehadirannya pada UNGA di New York pada (AS) September lalu adalah semata-mata untuk mendengar ucapan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Saya menganggap tujuan posting ini dinaikkan semula adalah bertujuan mencipta naratif jahat dan fitnah ke atas saya dan kerajaan Malaysia.



“Kehadiran saya seperti dalam gambar ni adalah atas kapasiti saya sebagai salah satu delegasi dan mendengar ucapan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di UNGA,” katanya.

Dia juga meminta Israel supaya “jangan perasaan”.

“Israel, jangan perasan. Sewaktu ucapan di UNGA, perdana menteri Malaysia jelas mengkritik sekeras-kerasnya tindakan Israel di hadapan semua!” tegasnya.

Saifuddin berkata demikian mengulas ulang siar hantaran pengguna X Kopitiam Malaya yang memetik Israel bakal menjadikan Malaysia sebagai destinasi bebas visa bagi rejim itu.



Pada September tahun lalu Anwar mengkritik tindak-tanduk Israel terhadap Palestin.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rindu slogan ‘Najib turun, ringgit naik’ – Akmal



Emma difitnah bertukar pasangan untuk seks

Marissa tanpa mekap dilabel ‘Muka Awam’



Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker