Surat Lembaga Pengampunan tentang Najib bukan sulit – Shafee

Surat Lembaga Pengampunan tentang Najib bukan sulit – Shafee

Muhammad Shafee Abdullah berkata surat yang dibacakannya secara terbuka berkenaan butiran di sebalik keputusan Lembaga Pengampunan berhubung permohonan bekas perdana menteri Najib Razak, bukan berstatus sulit.

Peguam itu berkata surat yang diserahkan kepada Najib itu adalah dokumen awam.



Bercakap dalam sebuah forum berhubung reformasi pengampunan, Shafee juga berkata sebab dia tidak mendedahkan kandungan surat itu sepenuhnya adalah kerana Najib tidak membenarkannya.

“Saya hanya kongsi (halaman dengan) cap mohor Yang di-Pertuan Agong.

“Kandungannya, saya tak kongsi kerana saya tak dapat kebenaran daripada anak guam (Najib). Bukan kerana ia sulit,” katanya.

Shafee berkata tanggapan bahawa surat itu sulit adalah salah.



“Ia dokumen awam. Ia keputusan Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.

Kandungan surat yang dibacakan Shafee mendedahkan Lembaga Pengampunan mencadangkan agar Najib menghabiskan hukuman penjara yang dijatuhkan terhadapnya.

Namun, menurut surat itu, Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memutuskan belas kasihat patut diberikan kepada Najib dan kemudian mengurangkan hukuman terhadapnya.

Najib pada mulanya dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM120 juta selepas disabit bersalah dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.



Hukumannya kemudian dikurangkan kepada enam tahun penjara dan denda RM50 juta.

Maklumat mesyuarat bawah OSA

Bagaimanapun Shafee berkata apa yang berlaku dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972, terutama pandangan yang diberikan Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Saleh.

Di bawah Perkara 42(9) Perlembagaan Persekutuan, lembaga perlu mempertimbang pandangan peguam negara yang ia diberikan.



Menurut Perkara 42(5) pula, peguam negara juga menganggotai lembaga pengampunan di setiap negeri.

Keputusan untuk mengurangkan hukuman Najib mengundang kekecewaan ramai pihak. Ada pihak yang berpandangan hukumannya tak seharusnya dikurangkan, manakala penyokong Najib pula berkata bekas perdana menteri itu patut mendapat pengampunan penuh. Mk

Surat Lembaga Pengampunan tentang Najib bukan sulit – Shafee

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun



Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker