Prestasi ringgit tak mencerminkan prospek positif Malaysia – gabenor BNM

Prestasi ringgit tak mencerminkan prospek positif Malaysia – gabenor BNM

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Abdul Rasheed Ghaffour berkata prestasi ringgit pada masa ini tidak mencerminkan “prospek positif” ekonomi Malaysia di masa akan datang.

Beliau berpandangan penurunan ringgit baru-baru ini sama seperti mata wang serantau lain yang telah dipengaruhi “faktor luaran”.



Menurutnya, antara faktor terbabit termasuk pelarasan pasaran kepada jangkaan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang berubah-ubah, kebimbangan geopolitik dan ketidakpastian berkaitan dengan prospek ekonomi China.

“BNM berpandangan bahawa paras ringgit baru-baru ini tidak mencerminkan prospek positif ekonomi Malaysia pada masa akan datang,” katanya dalam kenyataan.

Gabenor bank pusat itu mengulas laporan media berhubung penurunan ringgit ke paras terendah sejak krisis kewangan Asia, 26 tahun lalu.

Terdahulu mata wang tempatan merekodkan prestasi lemah setakat 9 pagi Selasa dengan ringgit berkurangan kepada 4.787/7930 berbanding dolar AS daripada 4.785/7890 semasa ditutup pada Isnin.



Kali terakhir paras ringgit terendah dicatatkan pada 1998 apabila krisis kewangan Asia menjejaskan mata wang serantau dengan RM4.885 setiap dolar AS.

Sementara itu, Rasheed berkata pertumbuhan tahun ini akan dipacu peningkatan dalam permintaan luar dan perbelanjaan domestik yang kukuh.

Tambahnya, unjuran terbaharu Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan perdagangan global akan meningkat daripada 0.4% pada 2023 kepada 3.3% pada 2024.

Bagi Malaysia, katanya eksport telah menunjukkan peningkatan stabil sejak suku keempat 2023, malah eksport bagi Januari 2024 yang baru dikeluarkan telah menjadi positif apabila berkembang sebanyak 8.7%



Selain itu katanya, sektor pelancongan juga telah pulih dengan ketibaan pelancong pada tahun 2024 dijangka mengatasi paras sebelum pandemik iaitu 26 juta, ia juga ditambah dengan pelaburan yang meningkat berikutan pelaksanaan projek-projek telah diluluskan dalam sektor swasta dan awam.

“Susulan perkembangan-perkembangan positif ini bersama-sama dengan komitmen kerajaan untuk melaksanakan pembaharuan struktur dan jangkaan bahawa kadar faedah akan diturunkan di negara-negara maju.

“Kebanyakan penganalisis membuat jangkaan bahawa ringgit akan menambah nilai pada tahun ini,” katanya. FMT

Prestasi ringgit tak mencerminkan prospek positif Malaysia – gabenor BNM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi



Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam



Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker