Penggodam dakwa dah curi data dari agensi kerajaan

Penggodam dakwa dah curi data dari agensi kerajaan

Suatu kumpulan penggodam antarabangsa mendakwa mereka kini mendapat akses kepada data yang ada pada agensi kerajaan selepas dapat menceroboh “organisasi Padu”.

Menamakan diri mereka sebagai R00TK1T dan membuat pengumuman melalui saluran Telegram kumpulan terbabit memberi bayangan awal bahawa ia diperoleh melalui penggodahan maklumat dalam Pangkalan Data Utama (Padu) milik kerajaan.

Bagaimanapun, melalui platform X malam tadi, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjelaskan istilah Padu yang dirujuk kumpulan penggodam berkenaan ialah unit prestasi dan penyampaian dalam Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Unit tersebut, kata Rafizi, juga menggunakan akronim Padu.

LPPKN adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dengan fungsi termasuk perkhidmatan perancangan keluarga.

Setakat berita ini ditulis unit berkenaan belum memberikan respon kepada pertanyaan Malaysiakini.

Walaupun Rafizi dan pihak lain mendakwa pangkalan data Padu di bawah Kementerian Ekonomi tidak terjejas, ada pihak menegaskan maklumat pada LPPKN itu juga mungkin mempunyai data peribadi yang sama berkenaan rakyat negara ini.

Untuk membuktikan dakwaan penggodaman mereka, R00TK1T berkongsi gambar MyKad seorang wanita.

Portal berita teknologi SoyaCincau melaporkan, berdasarkan apa yang dikongsi kumpulan penggodam, data yang diperolehi mereka dari LPPKN mungkin bermula seawal 2019.

R00TK1T berkata ia telah melakukan penggodaman terhadap LPPKN dalam usaha menekan kerajaan supaya mengakui serangan sibernya ke atas Malaysia.

Kumpulan itu telah mengisytiharkan pada akhir Jan bahawa ia menyasarkan infrastruktur digital Malaysia

“Malaysia, bersedialah untuk menghadapi ribut yang akan membuatkan anda hancur dan terdedah,” katanya.

Pada minggu pertama Feb lalu ia mendakwa berjaya menggodam pangkalan data Maxis dan mendapat akses kepada data pelanggan.

Maxis mengakui bahawa terdapat akses tanpa kebenaran kepada salah satu sistem vendor pihak ketiganya, tetapi ini disambungkan ke rangkaian dalamannya.

R00TK1T juga mendakwa telah menggodam infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik namun ia belum disahkan. Mk

Penggodam dakwa dah curi data dari agensi kerajaan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker