3 projek mega Aman Palestin di Syria siap sepenuhnya

3 projek mega Aman Palestin di Syria siap sepenuhnya

Biarpun akaun Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) disekat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun ia tidak menghalang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusiaan itu terus berbakti kepada rakyat Palestin, Syria dan Yaman.

Aman Palestin dalam kenyataan semalam, berkata pembinaan tiga projek keperluan asas dan komuniti berskala mega siap sepenuhnya di Syria biarpun sekatan dikenakan ke atas akaun milik organisasi itu masih belum ditarik balik.



Katanya, ketiga-tiga projek itu dibina di Al-Bab dan Jarablus, Syria membabitkan kos AS$1,048,612 (RM5.03 juta) yang memberi manfaat kepada puluhan ribu masyarakat di kawasan berkenaan.

“Projek itu ialah sistem saliran air bersih dari Sungai Furat ke Perkampungan Ataa, Jarablus dengan tempoh pelaksanaan projek selama 15 bulan, membabitkan kos AS$659,000 (RM3.16 juta).

“Seterusnya, pembinaan Masjid Al-Ghafour, Al-Bab dengan pembinaan siap sepenuhnya selepas tujuh bulan, membabitkan peruntukan bernilai AS$130,000 (RM623,220), diikuti projek Pusat Komuniti Perkampungan Ataa, Jarablus bernilai AS$259,612 (RM1.24 juta),” katanya.

Sementara itu, Pengurus Projek dan Komunikasi Korporat Aman Palestin, Muhd Farhan Muhd Fadhil, mengakui berdepan kesukaran apabila memiliki hutang bernilai AS$400,000 (RM1.92 juta) yang perlu dilunaskan bagi pelaksanaan projek saluran air bersih di Jarablus, Syria.



Keadaan itu, katanya, berpunca akibat sekatan ke atas akaun milik Aman Palestin, menyebabkan NGO berkenaan tidak mampu membuat pembayaran penuh bagi projek terbabit.

“Pembinaan projek ini jelas bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di sekitar Jarablus serta Al-Bab, sekali gus mewujudkan perkembangan terbaik dalam taraf hidup masyarakat di sana.

“Menerusi projek ini, Aman Palestin meletakkan harapan penduduk mendapat manfaat dengan menggunakan kemudahan sebaiknya demi kelangsungan hidup lebih baik,” katanya.

Susulan itu, beliau menggesa akaun Aman Palestin dinyahbekukan segera, memandangkan ramai rakyat di Palestin, Syria dan Yaman ketika ini amat memerlukan bantuan untuk terus hidup.



“Kelestarian hidup dengan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta adalah tunjang kehidupan. Ia wajib dipelihara dan diperjuangkan semua.

“Alhamdulillah walaupun ujian melanda, beberapa projek mega Aman Palestin dapat disempurnakan di Syria. Ini sebahagian tanggungjawab dan komitmen kita, terima kasih kepada penyumbang,” katanya. BH

3 projek mega Aman Palestin di Syria siap sepenuhnya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun



Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker