Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Pelawak Ali Puteh berkunjung ke rumah kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali pada petang tadi, bagi melunaskan wang berjumlah RM75,486.48 seperti yang diperintahkan oleh mahkamah.

Proses pembayaran yang dilakukan oleh Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan turut disiarkan secara langsung menerusi TikToknya dan ia dihadiri oleh keluarga masing-masing.

Difahamkan, bayaran wang tersebut dibuat secara tunai kepada Siti Nor Hidayah, malah Ali turut membacakan suratnya yang juga ditandatangani bersama kakak iparnya.

“Dengan ini saya berharap selesainya urusan ini, tiada lagi dakwa-dakwi tentang urusan hutang ini. Oleh itu, saya juga berharap pihak puan dan keluarga tidak lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mengaibkan saya dan keluarga.

“Atau memburuk-burukkan berkenaan keluarga saya di mana-mana platform media atau sebarang unsur video yang boleh mengaibkan saya.

“Akhir sekali saya berharap pihak Puan Hidayah dan keluarga memberi kerjasama baik berkenaan urusan ini. Sekiranya isu ini berbangkit semula, pihak kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Nor Hidayah turut mengharapkan perkara yang sama.

“Bagi pihak saya pun sama juga,” katanya ringkas dan kemudian, Ali turut memintanya untuk mengeluarkan surat untuk ditandatangani kelak.

Semasa siaran langsung tersebut, Ali turut berkesempatan bertemu anak buahnya, Syed Uthman Hamzah Syed Umar Mokhtar iaitu anak tunggal Siti Nor Hidayah dan Abam.

“Hamzah sini duit belanja Hamzah ye. Boleh ye saya cium anak buah saya. Empat tahun saya tak pernah tengok dia, ini kali pertama saya tengok dia.

“Jadi orang baik ye sayang, nanti jumpa saudara di Gombak. Jaga diri elok-elok,” kata Ali dengan sebak sewaktu berjumpa Hamzah.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah, telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya. K Online

Ali Puteh bayar duit Hidayah, jumpa Hamzah lepas 4 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker