Ini sebab Pierre Andre sudah 10 tahun hidup tanpa telefon

Ini sebab Pierre Andre sudah 10 tahun hidup tanpa telefon

PELAKON dan pengarah Pierre Andre mendedahkan sudah 10 tahun tidak menggunakan telefon bimbit disebabkan mahu hidup bebas tanpa tekanan.

Pierre atau nama lengkapnya Mohd. Pierre Andre Nazarul Andre, 39, berkata semua urusan termasuk berkaitan kerjaya boleh berhubung terus dengan isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim.

Saya tiada telefon bimbit mahupun media sosial sejak 10 tahun lalu. Kalau orang nak cari saya, boleh hubungi melalui isteri.

“Saya rasa bebas tanpa telefon bimbit. Berbeza masa saya aktif dahulu, telefon memang bagi saya tekanan.

“Telefon yang ada sefungsinya hanya untuk merakam video kandungan YouTube, bukan alat berkomunikasi dengan orang lain,” katanya.

Pierre yang ditemui pada majlis doa selamat filem Jangan Pandang Belakang 2 turut mengakui meminjam telefon isteri andai mahu mengikuti perkembangan semasa.

Pernah satu zaman saya menggunakan telefon awam sebab itu susah untuk hubungi saya sebab kena melalui isteri. Tak ramai orang tahu nombor telefon dia selain nombor perniagaan.

“Sekiranya saya mahu melihat media sosial, saya akan pinjam telefon isteri dan belek sepintas lalu sahaja untuk mengetahui perkembangan isu semasa,” jelasnya.

Ditanya berkenaan keengganan mencampuri ‘dunia luar’, dia hanya mahu beri laluan kepada generasi muda selain mahu menumpukan perhatian sepenuhnya buat anak-anak.

Bukan saya tidak mahu berhubung dunia luar tetapi mahu beri peluang kepada budak baru.

“Saya pula jenis ‘family man’ (sering habiskan masa dengan keluarga). Sekarang tinggal anak beberapa jam, saya mula merindu mereka,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Pierre pernah menyepi dalam dunia seni lakonan dan pengarahan sejak sedekad yang lalu sehingga mencetuskan tanda tanya ramai.

Bagaimanapun, dia kini kembali mengarahkan filem sekuel seram berjudul Jangan Pandang Belakang 2.

Antara pelakon filem ini ialah Emma Maembong, Iedil Dzuhrie Alaudin, Mawar Rashid, Alif Hadi, Khatijah Tan, Ruminah Sidek dan Cat Farish. HG

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lee Chong Wei ‘smash’ pemain lagi

Yasmin Hani masih ‘bergetah’ pada usia 44 tahun

Bekas teman lelaki ugut sebar video seks silam

Jamal Abdillah tarik diri bertanding AJL38

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker