Gagal dapat projek punca kontraktor ugut bunuh, main isu perkauman

Gagal dapat projek punca kontraktor ugut bunuh, main isu perkauman

AMPANG – Seorang kontraktor diberkas ekoran mendatangkan ugutan dengan perkataan kesat dan berbaur perkauman terhadap seorang penyelia tapak dalam kejadian di Taman Dagang Business Centre, dekat sini pada 6 September lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa wanita tempatan berumur 27 tahun menerima mesej suara melalui aplikasi Whats App daripada suspek yang dikenali pada pukul 9.32 pagi semasa berada di pejabat.



“Di dalam mesej suara tersebut mangsa telah dimaki hamun dengan perkataan lucah dan kesat serta berbaur perkauman.

“Suspek didakwa turut mengugut mahu menyerang pejabat tempat mangsa bekerja dan juga mengugut mahu membunuhnya dengan menyebut perkataan mati,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian dipercayai berpunca apabila suspek yang bekerja sebagai kontraktor tidak berpuas hati dengan mangsa kerana tidak melantik syarikatnya untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih premis (penurapan tar jalan) di sebuah Sekolah di Semenyih, Kajang.

Jelas beliau, susulan kejadian itu, pihak polis telah memberkas suspek yang berumur 40 tahun di tepi jalan Uranus U5/127 Shah Alam, Selangor kira-kira pukul 1.15 tengah hari pada 8 September lalu.



“Turut dirampas sebuah telefon yang digunakan semasa kejadian dan semakan mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah.

“Suspek juga mempunyai rekod masih kehendaki bagi kesalahan dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban,” ujarnya.

Ujar Mohamad Farouk, ujian saringan air kencing yang dijalankan juga mendapati suspek positif syabu.

Katanya lagi, suspek direman selama empat hari sehingga 11 September ini bagi membantu siasatan dibawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan ugutan jenayah. K Online



Gagal dapat projek punca kontraktor ugut bunuh, main isu perkauman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi



Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker