Siap silang kaki, bayi relaks selepas lahir
Siap silang kaki, bayi relaks selepas lahir

KAHERAH – Seorang bayi menarik perhatian di internet susulan klip video tular menunjukkan dia berbaring dalam gaya yang sangat santai hanya beberapa minit selepas dilahirkan, lapor laman berita NDTV semalam.
Muka tenang dan gaya comel bayi itu menghiburkan pengguna media sosial, dengan ramai netizen bergurau bayi kecil itu sudah tahu cara untuk mengelakkan tekanan.
Klip video itu dikongsi di media sosial oleh pakar kanak-kanak dan neonatal yang menetap di Kaherah, Dr Islam Eldeh.
Rakaman menunjukkan bayi baru lahir itu seperti berehat, dengan kedua-dua belah tangan di belakang kepala dan sebelah kaki bersilang di atas kaki yang lain.
Berbeza dengan gambaran biasa bahawa bayi baru lahir menangis sejurus selepas dilahirkan, bayi itu kelihatan begitu tenang.
“Bayi baru lahir ini sampai ke dunia dalam keadaan sudah bebas daripada tekanan,” kata soerang netizen. – AGENSI
Siap silang kaki, bayi relaks selepas lahir
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Johor Komited Wujudkan Persekitaran Sejahtera Untuk Rakyat
- Demi Rakyat, UMNO Larut Perkukuh Kerjasama Bersama PDRM
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.