Paderi maut dihempap salib gergasi ketika live
Paderi maut dihempap salib gergasi ketika live
![Paderi maut dihempap salib gergasi ketika live [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2026/10/salib.webp)
Memetik laporan daripada portal berita antarabangsa Fox News, mangsa yang dikenali sebagai Pastor Patricio Alfredo Sánchez Molinari, 58, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di tempat kejadian di Gereja Nuestra Señora del Perpetuo Socorro.
Ketika kejadian, mangsa yang sedang berdiri di altar menghadap jemaah secara tiba-tiba dihempap oleh struktur salib kayu yang besar dari arah belakang selepas ia terlepas daripada cengkamannya pada dinding.
Laporan itu turut mendedahkan bahawa detik-detik mengerikan itu sempat disaksikan oleh ratusan penonton di media sosial sebelum siaran langsung berkenaan ditamatkan.
Rakaman video yang tular menunjukkan para jemaah menjerit dalam ketakutan dan bergegas meluru ke arah altar bagi memberikan bantuan kecemasan kepada paderi berkenaan, namun mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Tanjong Malim Perkukuh Jentera, Rakyat Jadi Keutamaan
- Krisis Asia Barat Cetus Kenaikan Surcaj AFA – Abdul Rahman
Sementara itu, pihak Keuskupan Agung Guayaquil dalam satu kenyataan rasmi menyatakan rasa sedih serta menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa serta komuniti gereja yang terlibat atas pemergian mengejut itu.
Pihak berkuasa tempatan dilaporkan masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca utama bagaimana struktur salib hiasan yang berat itu boleh tercabut dan runtuh secara tiba-tiba dari dinding altar. – Agensi
Paderi maut dihempap salib gergasi ketika live
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Johor Komited Wujudkan Persekitaran Sejahtera Untuk Rakyat
- Demi Rakyat, UMNO Larut Perkukuh Kerjasama Bersama PDRM
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.