Dua gelaran bukti keberkesanan sentuhan jurulatih tempatan
Dua gelaran bukti keberkesanan sentuhan jurulatih tempatan

Kuala Lumpur: Kejayaan Pearly Tan-M Thinaah menjuarai Terbuka Denmark 2026 dan Low Zi Yu-Genevie Lim merangkul gelaran pada Kejohanan Remaja Dunia membuktikan kemampuan jurulatih tempatan membangunkan beregu wanita negara di peringkat senior dan remaja.
Ketua jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak berkata, kejayaan meraih dua gelaran itu cukup membanggakan dan mencerminkan hasil kerja berpasukan, komitmen serta usaha berterusan semua pihak dalam pembangunan pemain.
“Sebagai ketua beregu wanita, saya amat gembira dan bangga dengan pencapaian ini. Penghargaan saya kepada semua jurulatih dalam acara ini, daripada pasukan senior hingga program pembangunan remaja.
“Kejayaan ini hasil kerja berpasukan, komitmen dan usaha bersama semua pihak dalam membangunkan pemain,” katanya ketika dihubungi.
Di peringkat senior, Rosman dibantu Wong Pei Tty, Mohd Zakry Ab Latiff dan Ching Kai Feng, manakala Amelia Alicia Anscelly diberi tanggungjawab sebagai jurulatih di peringkat remaja.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Tanjong Malim Perkukuh Jentera, Rakyat Jadi Keutamaan
- Krisis Asia Barat Cetus Kenaikan Surcaj AFA – Abdul Rahman
Rosman berkata, perkembangan Zi Yu-Genevie membuktikan kepentingan pendedahan pemain muda kepada latihan bersama barisan senior serta pertandingan berprestasi tinggi.
“Perkembangan Zi Yu-Genevie adalah contoh baik bagaimana latihan bersama pemain senior serta pendedahan konsisten kepada pertandingan berprestasi tinggi dapat membantu pembangunan mereka,” katanya.
Beliau berkata, lebih banyak peluang akan diberikan kepada pemain muda lain untuk menguji kemampuan, bersaing sesama sendiri dan membuktikan kelayakan bagi melangkah ke tahap lebih tinggi.
Dalam pada itu, Rosman berharap kejayaan Pearly-Thinaah di Denmark dapat menyuntik keyakinan baharu kepada gandingan utama negara itu selepas melalui beberapa fasa sukar sepanjang karier mereka.
Beliau mengakui mengekalkan konsistensi pada tahap tertinggi bukan sesuatu yang mudah, namun berharap gelaran berkenaan menjadi pemangkin buat pasangan nombor lima dunia itu untuk terus memperbaiki prestasi dalam kejohanan akan datang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kekal Tenang, Terus Fokus Amanah Untuk Rakyat – Mohd Zaidy
- Gelombang Biru Di Tanjung Malim, Terus Rapatkan Saf
Pan Borneo Sabah: Pelaksanaan Projek Hampir Siap – Ahmad Maslan
“Kemenangan Pearly-Thinaah bukan sesuatu yang mudah. Kita tahu fasa sukar yang mereka lalui dalam karier. Saya berharap kejayaan ini memberikan keyakinan baharu dan membantu mereka membina konsistensi lebih baik pada kejohanan akan datang,” katanya.
Rosman turut merakamkan penghargaan kepada kakitangan sokongan daripada Institut Sukan Negara (ISN), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Program Road to Gold (RTG) atas bantuan serta sumbangan mereka.
Beliau juga berterima kasih kepada Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pengerusi Jawatankuasa Prestasi BAM, Datuk Seri Lee Chong Wei dan pengarah kejurulatihan beregu, Rexy Mainaky atas kepercayaan terhadap jurulatih tempatan untuk menerajui sektor beregu wanita.
Menurutnya, kejayaan itu milik seluruh pasukan dan mencerminkan kepentingan kerjasama, kepercayaan terhadap proses serta komitmen membangunkan pemain pada setiap peringkat demi masa depan beregu wanita Malaysia.
Dua gelaran bukti keberkesanan sentuhan jurulatih tempatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Johor Komited Wujudkan Persekitaran Sejahtera Untuk Rakyat
- Demi Rakyat, UMNO Larut Perkukuh Kerjasama Bersama PDRM
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.