Se Young cipta sejarah 47 gelaran
Se Young cipta sejarah 47 gelaran

Odense: Juara badminton Olimpik, An Se Young mencipta sejarah apabila muncul pemain perseorangan wanita paling banyak meraih gelaran antarabangsa selepas menjuarai Terbuka Denmark, semalam.
Kejayaan pemain Korea Selatan itu hadir selepas dia menewaskan wakil Jepun, Akane Yamaguchi 21-23, 21-14, 21-18 pada aksi final di Odense, sekali gus meraih gelaran antarabangsa ke-47 sepanjang kariernya.
Pencapaian itu menyaksikan Se Young mengatasi rekod legenda Indonesia, Susi Susanti yang mengumpul 46 gelaran sebelum bersara pada 1997.
Bagaimanapun, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjelaskan jumlah berkenaan tidak mengambil kira gelaran dalam temasya serantau, selain rekod rasmi hanya disimpan sejak 1989.
“Saya mahu mencipta banyak sejarah dan memecahkan rekod, tetapi saya fokus kepada satu perlawanan pada satu masa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Gelombang Biru Tanjong Malim Perkukuh Jentera, Rakyat Jadi Keutamaan
- Krisis Asia Barat Cetus Kenaikan Surcaj AFA – Abdul Rahman
“Itulah motivasi saya. Penonton hadir memberikan sokongan dan saya gembira apabila mereka menikmati setiap perlawanan yang saya harungi,” katanya.
Se Young, 24, turut mengekalkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia selama 105 minggu berturut-turut, membuktikan dominasinya dalam acara perseorangan wanita.
Sepanjang tahun ini, dia sudah memenangi enam gelaran perseorangan dalam Jelajah Dunia BWF, selain meraih pingat emas di Sukan Asia, Kejohanan Dunia, Piala Uber dan beberapa kejohanan serantau lain.
Kekalahan kepada pemain China, Wang Zhiyi pada final Seluruh England, Mac lalu, menjadi satu-satunya kekalahan Se Young sepanjang 2026 setakat ini.
Se Young cipta sejarah 47 gelaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Johor Komited Wujudkan Persekitaran Sejahtera Untuk Rakyat
- Demi Rakyat, UMNO Larut Perkukuh Kerjasama Bersama PDRM
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.