Sindir “Palsu dan Fitnah”, Hamzah Enggan Siasat Isu MP Ditawar Jawatan Menteri?

Adakah demokrasi benar-benar “mati” dalam pentadbiran kerajaan Muhyiddin? Rakyat tuntut penjelasan dari mereka. Beberapa orang ahli Parlimen mendedahkan mereka telah ditawarkan jawatan menteri sekiranya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Memetik sumber, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin bertindak dikatakan menyindir laporan polis yang buat sebagai “palsu dan fitnah” setelah Hamzah mengatakan polis juga akan menyiasat kesahihan dakwaan mereka dalam laporan tersebut.

Perkara ini dilihat sangat tidak wajar. Dua ahli parlimen Pakatan Harapan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran dan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mendesak Hamzah Zainudin bersikap objektif mengenai laporan polis yang mereka buat kerana menerima pesanan yang menawarkan mereka jawatan menteri dan wang untuk menyokong kerajaan PN.

Rakyat turut mempersoalkan tindakan menteri itu menyindir dan bukannya bertindak terhadap mereka yang menawarkan imbuhan tersebut. Malah Hamzah mengarahkan polis menyiasat kesahihan dakwaan mereka dalam laporan tersebut.

Beliau tidak menumpukan perhatian pada kejadian itu sendiri seolah-oleh memberi laluan untuk perbuatan jenayah tersebut. Sebagai Menteri dalam negeri, beliau seharusnya memandang serius laporan tersebut tanpa ada prasangka. Kerajaan mempunyai semua kuasa dan kemudahan yang diperlukan untuk menyiasat dan memastikan tidak berlaku rasuah politik.

Hamzah dilihat bersikap berat sebelah terhadap isu ini. Menteri dalam negeri dapat menyiasat semua perkara memandangkan tiada maklumat yang perlu disembunyikan.

Tindakan menawarkan kedudukan dan wang melalui pesanan WhatsApp sebagai pertukaran sokongan politik adalah perkara yang melibatkan kepentingan negara, memandangkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang akan berdepan usul percaya di Dewan Rakyat pada bulan September.

Sebelum ini Kula dan Khoo turut mendesak SPRM menyerahkan laporan rasmi kepada Parlimen mengenai perkara ini sehingga dapat dibahaskan di Dewan Rakyat. Beberapa anggota parlimen pembangkang menerima pesanan yang menawarkan mereka insentif untuk berpaling tadah. Selain Kula dan Khoo, Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii juga menerima pesan serupa.

Mesej-mesej itu, yang berasal dari nombor yang tidak dikenali, telah menawarkan “durian RM30” dan jawatan menteri.

Selain dari menyindir sebagai “palsu dan fitnah” laporan polis yang dibuat ahli Parlimen yang ditawarkan “durian RM30” dan jawatan Menteri, kerajaan Muhyiddin juga dilihat mengenakan tekanan politik terhadap parti UMNO dalam taktik kotor mereka untuk mengekalkan kuasa. Nampaknya, demokrasi benar-benar “mati” dalam kerajaan Muhyiddin.

– Nurul Aisyah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker