Daniel Haikal hilang ketika COD iPhone selamat dihantar pemandu lori

Pemuda berusia 27 tahun, Muhammad Daniel Haikal, yang dikhuatiri hilang selepas menjalankan urusan penjualan iPhone dengan pelanggan yang tidak dikenali di Pulau Pinang dilaporkan telah pulang ke rumah dalam keadaan selamat.

Menurut hantaran di Instagram ibu saudaranya, @lameraheyra, Muhammad Daniel telah dihantar pulang oleh seorang pemandu lori.

Tambahnya, anak saudaranya itu juga mengalami kecederaan pada kawasan muka serta badan.

“Semoga Allah membalas jasa semua yang membantu saya untuk menularkan kes kehilangan anak saudara saya, Muhammad Daniel. Terima kasih juga kepada pemandu lori yang menyelamatkannya.

“Buat masa sekarang, anak saudara saya masih dalam keadaan trauma, penat dan tidak mampu untuk bercerita apa-apa,” katanya dalam hantaran sama.

Terdahulu, Muhammad Daniel dipercayai hilang selepas menjalankan urusan penjualan telefon bimbit, iPhone dengan pelanggan yang tidak dikenali di Pulau Pinang.

Menerusi Instagram ibu saudara pemuda tersebut, Eyraswan Ramadan meminta orang ramai membantu mencari anak buahnya itu setelah tidak pulang ke kediamannya di Kuala Lumpur sejak 3 Oktober lalu.

Daripada tangkap layar log aktiviti, kali terakhir Muhammad Daniel dikesan berada di kawasan George Town.

Menurut Eyraswan, anak saudaranya itu ada membuat panggilan video kepada tunangnya untuk meminta pertolongan

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker