PRNJohor: Tak yakin dengan parti sendiri ke?



PRNJohor: Tak yakin dengan parti sendiri ke?

Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor.

YAB Menteri Besar Johor telah menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri Johor berada dalam keadaan rapuh dan tidak stabil. Itulah antara faktor utama yang telah dipertimbangkan oleh semua pihak, baik pihak Istana Johor, UMNO Johor, dan Kerajaan Negeri sebelum mengambil keputusan untuk membubarkan DUN Johor. Kita terima keputusan ini dan berharap pilihanraya ini dapat memberi mandat baharu untuk sebuah kerajaan yang stabil, kukuh dan akan terus berkhidmat untuk rakyat.

Namun, seperti mana-mana PRN-PRN sebelum ini, kita perlu sentiasa mengingatkan sesama kita bahawa tidak kiralah kestabilan, atau kuasa yang dicari, jangan kita sesekali merosakkan segala usaha kita dalam memulihkan negara berikutan pandemik Covid-19. UMNO juga yakin dengan institusi seperti Kementerian Kesihatan (KKM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan lain-lain, akan terus menyeimbangkan kemudahan urusan rakyat bagi memenuhi hak demokrasi dan keselamatan rakyat secara umumnya.

Mengaitkan PRN Johor dengan “kluster mahkamah” ternyata tersasar. Ia tiada kena mengena mengenai “pemisahan kuasa” antara badan eksekutif dan badan kehakiman. Malah, bukankah pilihanraya suatu amalan paling asas demokrasi dan justeru konsep pemisahan kuasa itu sendiri – yakni memberi mandat rakyat kepada badan legislatif? Tiada kena mengena langsung dengan mana-mana kes mahkamah. UMNO dan BN telah masuk gelanggang dalam hampir kesemua PRK dan PRN sebelum ini – tidak pula dikaitkan. Kenapa tiba-tiba sewaktu perlu berdepan PRN Johor sahaja dakwaan janggal seperti ini dikeluarkan? Melainkan sudah mula ada kurang yakin dengan kemampuan parti sendiri.
#SambungYangTergendala




SHAHRIL HAMDAN

PRNJohor: Tak yakin dengan parti sendiri ke?

hr />

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a





Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA



Leave a Reply

Your email address will not be published.