Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz lebih rela meletak jawatan daripada berkompromi terhadap sebarang keputusan melibatkan kementeriannya yang difikirkan silap.

Jelas beliau, sebarang keputusan berkenaan termasuklah cadangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara ‘one-off’ sebanyak RM10,000 yang sedang diperjuangkan oleh kelompok pemimpin parti dalam kerajaan ketika ini.

Tambahnya, tiada guna sekiranya cadangan itu diluluskan kerajaan, namun akhirnya memberi kesan mudarat kepada rakyat yang mempunyai simpanan KWSP rendah pada hari tua mereka.

“Saya rasa menteri seperti saya jika tidak bersetuju dengan perkara yang salah, saya lebih rela untuk tidak melakukan dan meletakkan jawatan. Ini bukan sekadar merujuk isu pengeluaran KWSP tetapi saya tidak akan berkompromi apabila melibatkan perkara yang betul atau salah.

“Bagi saya, sekiranya keputusan itu salah, tiada sebab untuk kerajaan berkompromi. Sekali lagi saya lebih rela meletak jawatan daripada melakukan perkara tidak sepatutnya,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Premium pada Jumaat.

Tidak Boleh Beri Laluan Mudah Pengeluaran KWSP, Tapi Tambah Peruntukan – Anwar [VIDEO]

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan berterusan kelompok pemimpin parti dalam kerajaan seperti UMNO yang mendesak mahukan kerajaan meluluskan cadangan pengeluaran i-Citra bernilai RM10,000 secara ‘one-off’.

Terdahulu, Tengku Zafrul menegaskan sekiranya cadangan itu diluluskan kerajaan, pencarum berkemungkinan akan hidup di bawah Purata Garis Kemiskinan (PGK) pada hari tua mereka.

“Sebarang kelulusan pengeluaran tambahan melalui KWSP hanya akan mewujudkan ‘vicious cycle’, di mana kerajaan akhirnya terpaksa mengenakan cukai tambahan kepada generasi akan datang bagi menampung kos pengeluaran sekarang.

Selain itu, Tengku Zafrul turut menegaskan KWSP bukan ditubuhkan untuk berfungsi sebagai bank, sebaliknya memastikan pencarum mempunyai jumlah wang simpanan hari tua mencukupi setelah mereka bersara daripada pekerjaan.

Petikan Sinar Harian Premium

Pengeluaran KWSP: Tengku Zafrul jangan kelirukan rakyat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker