Tidak Boleh Beri Laluan Mudah Pengeluaran KWSP, Tapi Tambah Peruntukan – Anwar [VIDEO]

Tidak Boleh Beri Laluan Mudah Pengeluaran KWSP, Tapi Tambah Peruntukan – Anwar [VIDEO]

Kelonggaran untuk pencarum mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak boleh diberikan secara mudah.

Namun, dalam masa sama, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan kepada kerajaan agar menambah peruntukan bagi membantu mangsa yang terjejas akibat bencana banjir.

Menurut Ketua Pembangkang itu, antara yang perlu diberi perhatian ialah mempertimbangkan bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.

 

Hentikan pengeluaran KWSP, beri bantuan tambahan kepada yang terjejas

“Ada pandangan mengatakan bahawa perlu kita berikan kelonggaran bagi pencarum mengambil wang mereka sendiri, dan ini telah kita lakukan.

“Tetapi saya cenderung untuk mengatakan walaupun tidak popular untuk sesetengah pihak, bahawa kita tidak boleh memberi laluan mudah kerana wang ini yang sedikit itu untuk menjamin masa depan mereka dan ini kumpulan yang agak miskin.

“Kalau diambil wang ini (KWSP), lima atau enam tahun setelah bersara, tidak ada harapan mereka boleh jamin keselamatan hidup mereka dan keluarga.

“Jawapan Menteri Kewangan setakat itu sahaja, noktah… itu tak cukup (penerangan). Maknanya, kita kena pantau orang-orang ini dan harus beri bantuan tambahan supaya mengurangkan beban.

“Jadi, maknanya menghentikan peluang pencarum mengambil wang KWSP dipersetujui, tertakluk dengan syarat peruntukan tambahan kepada mangsa yang berkenaan dan baru ia dapat diimbangi,” katanya di Dewan Rakyat di sini, pada Khamis.

Walaupun menyedari pandangan beliau tidak selari dengan pendirian UMNO, namun, Anwar menegaskan, tidak akan menyokong mana-mana idea yang boleh menjejaskan masa depan rakyat.

“Tetapi jika keputusan itu populis dan tidak memberi manfaat besar kepada masa depan keluarga ini, kita harus bersedia mengkaji semula.

“Kajian itu mesti menghentikan (desakan pengeluaran KWSP) dan menggantikan dengan dana tambahan,” tegas beliau lagi.-AA

Tidak Boleh Beri Laluan Mudah Pengeluaran KWSP, Tapi Tambah Peruntukan – Anwar [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker