‘Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari’..Rumah Di Perkuburan, Satukan Yang Hidup Dengan Si Mati [VIDEO]

‘Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari’..Rumah Di Perkuburan, Satukan Yang Hidup Dengan Si Mati [VIDEO]

RUMAH kata pergi, kubur kata mari”

Itu pepatah bagi menyifatkan insan yang mungkin tidak sedar diri bahawanya usianya telah meningkat naik.

Cuma, bayangkan jika rumah yang didiami itu hanya sekangkang kera sahaja dengan kubur?

Bagi orang luar, ia pastinya memberikan satu suasana yang tidak selesa, tetapi bagi masyarakat yang tinggal di sebuah kawasan di Cirebon ini, di situlah tanah perkuburan dan di situ jugalah rumah mereka.

Pada Jun 2020, Tanah Perkuburan Kemlaten itu menjadi tular di laman YouTube milik wekajournal yang berkongsikan kisah “Kampung Menyatu Dengan Kuburan”.

Ia kerana penduduk di kampung di sekitar tanah perkuburan itu seolah-olah tidak mempunyai masalah untuk meneruskan kehidupan seharian dengan kubur-kubur yang ada di merata tempat.

Penduduk di situ juga tidak merasakan ia sesuatu yang aneh, malah pada sebelah petang, ada kelihatan kanak-kanak di kawasan kejiranan bermain sewaktu petang seperti ia merupakan taman perumahan biasa.

Lebih menarik, para penduduk di Cirebon itu kebanyakannya tidak tahu-menahu siapa penghuni kubur-kubur yang berada di situ.

Ini bermakna, mereka bukan sahaja melalui kawasan perkuburan sebelum memasuki ke pintu rumah, malah mereka juga tidak kenal jasad siapa yang ditanam di kawasan itu.

Perkampungan di situ dilaporkan telah mula dibina pada tahun 1991 dan kawasan tanah perkuburan itu dikatakan milik Kesultanan Cirebon.-AA

‘Rumah Kata Pergi, Kubur Kata Mari’..Rumah Di Perkuburan, Satukan Yang Hidup Dengan Si Mati [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker