Najib kecewa MIT pilih Indonesia bukan Malaysia

Najib kecewa MIT pilih Indonesia bukan Malaysia

Agak kecewa dengan pengumuman bahawa Massachusetts Institute of Technology (ranking #1 dunia) dari Amerika Syarikat dan Universiti Tsinghua (#17) telah memilih Indonesia dan bukan Malaysia untuk menubuhkan kampus universiti bersama.

Sebenarnya, Malaysia mampu menjadi hab pendidikan antarabangsa dengan kewujudan universiti-universiti tersohor dari luar negara di Malaysia yang akan menambahkan lagi keyakinan pelajar terhadap negara kita.

Ini selaras dengan hasrat kerajaan BN dahulu bagi menjadikan pendidikan berkualiti sebagai landasan untuk meningkatkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi yang akan meningkatkan daya saing negara.

Dengan wujudnya kampus universiti-universiti antarabangsa di sini, ia membolehkan lebih ramai pelajar Malaysia belajar dengan kos yang lebih rendah.

Kita juga boleh menjadi pusat bagi pelajar lain dari rantau Asia dan dunia untuk datang belajar di sini tanpa perlu pergi ke negara-negara lain.

Selaras dengan hasrat itu, 11 kampus universiti antrabangsa telah ditubuhkan dalam tempoh saya menjawat sebagai Menteri Pendidikan (1995-1999) atau sebagai Perdana Menteri.

1998: Monash Universiti di Sunway (Australia)
1999: Curtin University di Miri (Australia)
2000: Swinburne University of Technology di Kuching (Australia)
2000: University of Nottingham di Semenyih, Selangor (UK)
2011; Raffles University di Iskandar, Johor (Singapura)
2011: Newcastle University Medicine di Gelang Patah, Johor (UK)
2013: University of Reading di Nusajaya, Johor (UK)
2014: Shanghai Jiao Tong University di Kuching. (China)
2014: Heriot-Watt University Malaysia di Putrajaya (UK)
2015: Xiamen University di Sepang (China)

Ratusan ribu anak Malaysia telah mendapat manfaat disamping menjimat kos pendidikan mereka.

Tapi rancangan ini seperti telah terhenti selepas PRU14.

Walaupun kita merupakan seteru politik, saya sangat menyambut baik kenyataan PM4/7 pada tahun 2018 bahawa Universiti Tsukuba Tokyo (ranking #285) berhasrat untuk mendirikan kampus di Selangor atau Kedah.

Namun seolah-olah tiada lagi perkembangan baru sejak itu berkenaan rancangan Universiti Tsukuba tersebut.

Jadi, saya harap Menteri pendidikan hari ini akan berusaha untuk menarik Universiti Tsukuba dan lain-lain universiti terkenal dunia untuk mendirikan kampus di Malaysia agar negara teruskan hasrat bagi menjadi hab pendidikan antarabangsa serta menaikkan modal insan negara. NAJIB RAZAK

Najib kecewa MIT pilih Indonesia bukan Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker