Dakwaan cabul srikandi parti, ADUN Bersatu kata konspirasi



Adun Sedili Rasman Ithnain menafikan dakwaan dia melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita.

Mengulas laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam, Rasman menyifatkan dakwaan itu sebagai konspirasi politik untuk menjejaskan reputasinya.

Dia berkata laporan itu dibuat oleh ahli jawatankuasa Srikandi Bersatu Kota Tinggi.

“Saya dengan ini menafikan dengan sekeras-kerasnya tuduhan dalam laporan itu. Ini adalah satu konspirasi politik, fitnah dan satu cubaan untuk menjatuhkan maruah serta mencalarkan reputasi saya selaku seorang wakil rakyat,” katanya dalam kenyataan, seperti dipetik Berita Harian.

Rasman menang PRU14 ketika bersama Umno tetapi telah menyertai Bersatu.




Wanita buat aduan gangguan seksual terhadap ADUN Johor

Dia berkata akan memberi kerjasama penuh terhadap proses siasatan dan telah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang sewajarnya, terhadap individu yang menurutnya cuba mencemarkan imejnya.

“Semoga kebenaran akan dirungkai akhirnya serta perjuangan saya ini dimudahkan dan diredai oleh Allah,” katanya lagi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintenden Hussin Zamora mengesahkan menerima laporan berkenaan perkara itu dan berkata siasatan sedang dijalankan.

Dakwaan cabul srikandi parti, ADUN Bersatu kata konspirasi


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


ADUN nafi lakukan gangguan seksual, anggap ia serangan politik



Leave a Reply

Your email address will not be published.