Wanita buat aduan gangguan seksual terhadap ADUN Johor

Gangguan Seksual – Gambar Hiasan*

Wanita buat aduan gangguan seksual terhadap ADUN Johor

JOHOR BAHRU: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima laporan berhubung dakwaan salah laku ADUN terbabit terhadap wanita berumur 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi pada 11.30 pagi tadi.

“Ya, ada terima. Kes berkenaan sedang disiasat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.



Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum meneliti laporan itu.

Laporan polis mengenai gangguan seksual itu tular di media sosial.

Mangsa, yang dipercayai ahli sebuah parti politik di Johor, mendakwa beberapa kali diganggu secara seksual oleh ADUN terbabit. FMT

Wanita buat aduan gangguan seksual terhadap ADUN Johor




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’



Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker