Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Doktor-doktor memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi trend terbaharu di media sosial kerana boleh membahayakan nyawa mereka, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Trend dinamakan ‘ayam mengantuk’ itu menyaksikan pengguna memasak hidangan ayam yang diperap atau direbus dalam cecair ubat batuk.



Doktor-doktor meminta orang ramai supaya tidak menggunakan ubat batuk atau ubat selesema untuk merebus atau sebagai bahan perapan.

Amaran itu dikeluarkan selepas semakin banyak video di laman TikTok menunjukkan individu memasak hidangan ayam secara demikian termasuk menggunakan separuh kandungan botol ubat batuk.

“Idea bahawa anda menggunakan ubat sebagai bahan perapan ayam dan daging kerana mempercayai hidangan itu mempunyai khasiat untuk kesihatan bukan sahaja bodoh tetapi amat berbahaya,” kata seorang pegawai perubatan, Dr Jeff Foster.

Profesor Bahagian Perubatan Keluarga di Universiti Komanwel Virginia, Dr. Aaron Hartman menerangkan mengapa trend tersebut berbahaya.



“Apabila anda memasak ubat batuk, anda merebus air dan alkohol di dalamnya. Ini menyebabkan daging ayam yang dimasak mengandungi konsentrasi ubat dalam jumlah yang banyak.

“Apabila anda memakan ayam tersebut, anda seperti mengambil separuh atau satu botol ubat batuk bergantung kepada jumlah yang digunakan untuk memasak,” jelasnya.

Kata Hartman, perbuatan itu boleh menyebabkan keracunan, jatuh sakit, cirit birit, kerosakan hati, malah boleh membawa kepada kematian. K Online

Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli



Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker