Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..

Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..

Baru-baru ini, ramai mengecam trend terbaru yang tular di TikTok yang menunjukkan video suami melakukan ‘unboxing’ isterinya pada malam pertama.

Beberapa terlibat menerima kecaman hebat warga maya. Bukan itu saja, malah timbalan menteri agama Ahmad Marzuk Shaary juga tampil menegurnya.



Usahawan Amy Yusuff salah seorang yang terlibat dengan trend itu dan turut menerima tempiasnya.

Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Amy mengakui kapsyen digunakannya mungkin menimbulkan pelbagai reaksi.

Bagaimanapun, katanya, dia dan suami masih menjaga aurat.

“Amy tidak cakap apa yang Amy buat itu betul. Jadi, saya betul mengaku salah sebab ia salah saya dan mungkin kapsyen saya triggered orang dan sebagainya.



“Tapi kita masih, dalam video itu, aurat masih terjaga,” kata wanita 26 tahun itu.

@amyyusuff ni yang trend tu kan?😝 #nikah2021 #pengantin2021 #unboxing #wife #malampertama ♬ beginilah caranya – fuzzy
Video perkahwinannya pada 11 Disember tahun lalu memaparkan sang suami membuka sesuatu pada tudungnya.

Dalam video yang hanya beberapa saat itu, dia antaranya meletakkan kapsyen “unboxing by husband” (dibuka oleh suami).

Di media sosial, video unboxing (membuka kotak dan bungkusan) dan ulasan produk antara yang mendapat sambutan hangat.



Mengimbas kembali tindakan itu, Amy berkata video tersebut dicadangkan oleh keluarganya sendiri dan dibuat secara spontan dan segera sebelum dimuat naik ke TikTok.

‘Tutup komen’

Sementara itu, mengulas kecaman terhadapnya, Amy berkata terdapat juga pihak yang memandang positif perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, dia menutup saja komen bagi mengelakkan perkara itu berlarutan.



“Ada yang terima secara positif dan ada juga yang secara negatif. Dan di sini ada dua puak yang bergaduh.

“Jadi, Amy tutup seksyen komen. Ada yang bagi bad things, contohnya bad words (kecaman).

“Tapi bad words tidaklah sampai mencarut yang teruk,” katanya.

Terdahulu, trend unboxing isteri tular di media sosial dengan aktiviti memuat naik video suami sedang membuka aksesori pakaian isteri pada hari pertama perkahwinan mereka.



Perbuatan itu memberi gambaran perkara yang mereka lakukan sebelum ‘malam pertama’.

Ahmad menegaskan trend itu boleh membawa kepada keruntuhan institusi keluarga. Mk

Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Abu Syafiq minta Idris siasat Tuan Ibrahim dulu

Kau Sorok Celah *** Mak Kau Ke? – Diva AA Bengang Nasi Lemak KFC Tiada Ikan Bilis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker