Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn

Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn

Prosedur operasi standard (SOP) penyelarasan banjir di Johor telah wujud sejak tahun 2006 ketika negeri itu dilanda banjir besar.

Kerajaan negeri pada masa itu berpandangan perlu ada penyelarasan yang lebih baik antara agensi dan semua yang terlibat dengan banjir.

Tambahan itu, kerajaan Pusat juga telah mengeluarkan tatacara Peraturan Tetap Operasi Pengurusan Bencana Banjir sejak tahun 2001.

Bagaimanapun, SOP itu ditambah baik pada tahun lepas dan tahun ini bagi membendung penularan wabak COVID-19, terutamanya mengambil kira ramai warga emas yang tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Lantaran itu, Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, SOP, tatacara serta peraturan dan undang-undang yang diwujudkan itu membolehkan negeri itu bertindak dengan lebih cekap, efektif dan teratur.

”Saya percaya rakyat Johor yang terkesan dengan banjir dan mereka yang benar-benar terlibat dengan usaha membantu semasa bencana ini melanda juga faham,” kata Exco Pelancongan Belia dan Sukan Negeri Johor itu.

Beliau menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung penyaluran bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Johor.

Menjawab segala dakwaan Ahli Parlimen Muar itu, Onn Hafiz berkata, tidak salah untuk mana-mana individu, badan bukan kerajaan (NGO) mahu pun parti politik untuk membantu rakyat malah kerajaan negeri Johor amat mengalu-alukannya.

Sebab itu, ribuan individu dan puluhan NGO telah tampil membantu dan kerajaan negeri menghargai kerjasama semua individu dan NGO yang mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Mengulas dakwaan Syed Saddiq tentang enam sukarelawan MUDA disiasat polis, Ahli Dewan Undangan Negeri Layang-Layang itu berkata, tidak ada mana-mana pihak yang menggunakan atau mengeksploitasi polis.

Polis hanya melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mendapatkan keterangan apabila ada laporan polis dibuat.

”Kalau ada laporan polis maka polis kenalah siasat dan ini bukan prosedur baru. Sebagai contoh, apabila YB buat laporan mengenai kehilangan duit RM250,000 dari rumah YB, maka pihak polis terpaksa siasat juga kerana ada laporan.

”Tidak ada isu mereka dilayan seperti penjenayah, jangan fitnah PDRM. Tahniah kita ucapkan kepada PDRM kerana menjalankan tugas mereka.

”Dalam isu banjir di Johor ini, YB Syed Saddiq tidak perlu disiasat kerana beliau tidak turun awal semasa insiden berlaku. Jangan mengkambinghitamkan polis hanya untuk menutup kelewatan sendiri,” ujarnya.

Namun, Onn Hafiz yakin orang Johor boleh memaafkan Syed Saddiq kerana turun lambat ke Johor namun beliau tidak perlul terus mengeksploitasi dan memanipulasi bencana banjir di negeri berkenaan.

”Orang Johor tahu tatacara, adab, adat dan sejarah Johor. Mereka celik mata dan celik akal – justeru arif, insya-Allah, untuk mengenal yang mana sandiwara dan yang mana tanggungjawab dan keikhlasan,” tambahnya.

Bagaimanapun, Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam ini bertanya, ada rakyat yang ingin tahu kenapa Johor banjir sejak 31 Disember 2021 tetapi Syed Saddiq hanya turun membantu pada 7 Januari 2022.

Muar pun, katanya, dilanda banjir bermula 3 Januari tetapi Syed Saddiq hanya datang empat hari kemudian.

”Kalau betul nak bantu rakyat kenapa YB tak datang hari pertama banjir melanda? Penyelarasan SOP hanya mengambil masa satu jam sahaja dan bukannya empat hari YB,” katanya sambil berharap penjelasannya menjawab persoalan Syed Saddiq. MG

Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker