Covid-19: 15 lagi kematian, jumlah korban 31,738 orang

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 15 kematian baru akibat Covid-19 semalam (12 Jan).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu meningkat kepada 31,738 orang.

Menurut data KKM di portal CovidNow, 40 peratus atau 6 kematian dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Malaysia mencatatkan jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 961 kematian bagi setiap satu juta penduduk dan merupakan yang keempat terburuk di Asia.

Pahang mencatatkan jumlah kematian baru tertinggi iaitu seramai 4 orang diikuti Johor (2), Kelantan (2), Perak (2), Negeri Sembilan (1), Sabah (1), Selangor (1), Terengganu (1) dan Kuala Lumpur (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Kedah, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 14 daripada 15 kematian yang dilaporkan atau 93.3 peratus berlaku dalam tujuh hari lalu.

Kematian selebihnya berlaku lebih seminggu lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Purata 28 kematian akibat Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh 30 hari lalu berbanding purata 18 kematian dalam tempoh tujuh hari lalu, sekali gus menunjukkan penurunan.

Sebanyak 540 kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada bulan ini.

Setakat semalam, 39,896 kes aktif Covid-19 direkodkan. Ini adalah peningkatan sebanyak 0.4 peratus daripada 39,739 kes aktif seminggu yang lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 31.1 peratus daripada 57,928 kes.

Jangkitan berkaitan kluster

Semalam sebanyak 3,198 kes baru dikesan. Daripada jumlah itu sebanyak 164 kes dikesan daripada kluster Covid-19 sedia ada.

Sebanyak 55 kes (33.5 peratus) adalah dari kluster tempat kerja manakala 49 kes (29.9 peratus) adalah dari institusi pendidikan.

Kes selebihnya dikesan daripada kluster berkaitan upacara keagamaan (40 – 24.4 peratus), import (7 – 4.3 peratus), kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua (7 – 4.3 peratus) dan penularan komuniti (6 – 3.7 peratus) .

Kementerian Kesihatan mengeluarkan butiran terkini wabak Covid-19 selepas tengah malam tadi di laman web Github.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kasut Nike Nabil Ahmad berharga RM12,000

Hakim berbogel di bilik isteri orang selepas minta izin solat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker