Mangsa kritikal nahas hantar adik ke universiti meninggal dunia

IPOH – Seorang lelaki yang kritikal dalam nahas dekat Kampar ketika menghantar dua adik mendaftar ke Universiti Malaya (UM) Jun lalu meninggal dunia pada Sabtu.

Muhammad Danial Haikal Ghazali, 24, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.17 tengah hari di Hospital Balik Pulau, Pulau Pinang selepas hampir sebulan bertarung nyawa.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, mangsa yang parah dan mengalami pendarahan di perut telah menerima rawatan awal di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh sebelum dipindahkan ke Hospital Balik Pulau atas permintaan keluarga.

“Bapa mangsa telah mengesahkan kematian anaknya itu kepada polis.

“Mangsa yang merupakan pemandu kereta dalam kejadian itu meninggal dunia tengah hari tadi di hospital,” katanya.

Kejadian di Kilometer 301.5 Lebuhraya Utara Selatan sekitar jam 7 pagi pada 17 Jun lalu, berlaku ketika mangsa bersama ibu serta tiga adik lelaki dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala ke Kuala Lumpur.

Kemalangan kereta jenis Proton Savvy dinaiki lima sekeluarga itu dengan sebuah treler mengakibatkan seorang adik mangsa, Muhammad Zweill Haikal, 18, meninggal dunia di tempat kejadian.

Nahas turut mengakibatkan ibu mangsa, berusia 49 tahun mengalami patah peha manakala dua adik masing-masing berusia 20 dan 10 tahun cedera ringan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Janna Nick ditegur percaya dengan benda syirik

Tak sangka TMJ berkenan tonton video saya – Wan Mahussin

Video Tak Senonoh Mirip Pelakon Indonesia Bersama Skandal Tersebar

Bubblebee Tempat ‘Cuci Duit’, Ditaja Freemason, Ini Jawab Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker