Pearly-Thinaah bangkit tempah tiket separuh akhir

Pearly-Thinaah bangkit tempah tiket separuh akhir

Pearly-Thinaah bangkit tempah tiket separuh akhir
PEARLY (kiri) dan Thinaah mara ke separuh akhir. FOTO EFFENDY RASHID

Kuala Lumpur: Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah mempamerkan kebangkitan bertenaga apabila menewaskan pasangan India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela pada aksi suku akhir Terbuka Denmark, hari ini.

Pearly-Thinaah yang menghuni ranking kelima dunia terpaksa bekerja keras sebelum menundukkan lawan di ranking ke-18 dunia itu 14-21, 21-17, 21-11 dalam tempoh 56 minit di SJF Bank Arena.

Kekalahan di set pertama tidak mematahkan semangat pasangan negara apabila mereka bangkit memperkemaskan permainan pada set kedua sebelum memaksa perlawanan diheret ke set penentuan.

Pearly-Thinaah kemudian terus menguasai permainan pada set ketiga untuk memastikan kemenangan, sekali gus menempah tiket ke separuh akhir kejohanan berstatus Super 750 itu.

Kemenangan berkenaan turut mengukuhkan penguasaan Pearly-Thinaah dalam rekod pertemuan menentang pasangan India itu apabila kini mencatat lapan kemenangan daripada 10 pertemuan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

RSN Rayer Jangan Cetus Persepsi Buruk Terhadap Institusi Kehakiman


Pada aksi separuh akhir esok, Pearly-Thinaah bakal berdepan cabaran daripada gandingan China, Bao Li Jing-Cao Zi Han dalam usaha meneruskan pemburuan ke final.

Sementara itu, kempen beregu profesional lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berakhir di peringkat suku akhir selepas tewas kepada pasangan nombor dua dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Sze Fei-Izzuddin bermula baik apabila memenangi set pertama 21-18, namun pasangan China itu bangkit menguasai dua set berikutnya untuk mencatat kemenangan 18-21, 21-15.

Pearly-Thinaah bangkit tempah tiket separuh akhir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Raudhatul Ummah: JABHAH Manifestasi Komitmen Berterusan UMNO Memperkasa Islam

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker