Liew Xun-Nicole kecundang, Khai Xing-Hong Quan terus mara
Liew Xun-Nicole kecundang, Khai Xing-Hong Quan terus mara

Iskandar Puteri: Beregu campuran negara, Liew Xun-Nicole Tan gagal meneruskan kemaraan dalam Kejohanan Badminton ALLIANZ Malaysia Super 100 2026 selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Melati Daeva Oktavianti, pada aksi suku akhir di Arena Tertutup, Kompleks Sukan EduCity, hari ini.
Pasangan negara itu tewas straight set 13-21, 6-21 kepada lawan yang lebih berpengalaman, sekali gus menyaksikan cabaran mereka berakhir di peringkat suku akhir.
Liew Xun mengakui pengalaman dimiliki pasangan Indonesia itu menyukarkan mereka mendapatkan rentak permainan sendiri, selain gagal mengawal tempo perlawanan dengan baik.
“Saya rasa mereka lebih berpengalaman dan kami agak sukar untuk mendapatkan rentak permainan sendiri kerana mereka berjaya mengawal tempo perlawanan. Kami perlu lebih bersabar dan mengawal emosi dengan lebih baik ketika berada di gelanggang,” katanya.
Beliau turut mengenal pasti kelemahan dari segi rotasi dan kualiti pukulan yang perlu diperbaiki, manakala Nicole pula mengakui faktor angin serta komunikasi yang masih belum mantap turut mempengaruhi persembahan mereka memandangkan itu kali pertama bergandingan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Dalam Sindrom Ketakutan, Terus Menekan UMNO
- Sumbangan Pusat Data Kepada KDNK Meningkat Kepada RM14.1 Bilion Pada 2025
RSN Rayer Jangan Cetus Persepsi Buruk Terhadap Institusi Kehakiman
“Saya rasa kelemahan kami terletak pada rotasi dan kualiti pukulan. Kedua-dua aspek ini perlu kami perbaiki dengan ketara jika mahu bersaing dengan pemain pada tahap seperti ini,” tambah Liew.
Sementara itu, beregu lelaki negara, Kang Khai Xing-Lok Hong Quan mengesahkan kemaraan ke separuh akhir selepas pasangan Chinese Taipei, Chen Bo-Yuan-Lu Ming Che, menarik diri ketika ketinggalan 0-3 pada set pertama.
Kejohanan ALLIANZ Malaysia Super 100 2026 berlangsung dari 13 hingga 18 Oktober di Arena Tertutup, Kompleks Sukan EduCity, Iskandar Puteri, Johor.
Liew Xun-Nicole kecundang, Khai Xing-Hong Quan terus mara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Amanah Bukan Sekadar Janji, Kesejahteraan Rakyat Jadi Keutamaan – Mohd Zaidy
- Kesejahteraan Warga ATM Turut Rangkumi Pendidikan Anak-Anak
- Dap VS Dap: Teresa Kok Bantah Projek Rumah Madani, Hannah Yeoh Pula Bagaimana?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raudhatul Ummah: JABHAH Manifestasi Komitmen Berterusan UMNO Memperkasa Islam
You must be logged in to post a comment.