Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA
Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA
“Saya tak kisah dia maki saya nak jadi penyundal atau apa. Tapi, apa masalah kau dengan anak aku? Sembilan bulan 10 hari aku mengandung anak aku,” kata pelakon, Rozita Che Wan atau Che Ta ketika diminta mengulas mengenai isu yang timbul antara dia dengan pengacara sensasi, Azwan Ali, baru-baru ini.
Che Ta berkata, hantaran Azwan atau Diva AA di media sosial itu menjurus kepada andaian netizen yang mendakwa tulisan ‘anak kecik sebijik sundal’ itu ditujukan kepada anaknya, Aaisyah Dhia Rana.
“Jentik pun tak pernah, marah pun tak pernah. Kenapa kau nak maki anak aku seperti itu? Kau pondan takde anak. Bukan bapa, bukan mak. Sedap-sedap nak cakap aku aku begitu.
“Dia belum buku bertemu dengan ruas lagi. Hari itu, aku baik, sebab Zain cakap, ‘Sayang, I tak suka you gaduh’. Okay. Saya terima,” katanya.
Menurut Che Ta, dia juga sebelum ini sudah menarik balik laporan kes antara kedua-dua mereka dan diminta oleh Azwan supaya tidak menghebahkan mengenainya.
“Masalah sebelum ini pun dia minta saya berjanji. Dia minta tarik balik kes itu dan minta saya supaya tak beritahu sesiapa. Saya tak ada beritahu sesiapa pun kan? Saya senyap saja.
“Bila wartawan tanya, saya cakap tak apa, kami dah selesai. Tapi, apa masalah kau, tiba-tiba? Polis telefon saya dan beritahu, ‘Che Ta, dia nak tarik balik kes. Kalau Che Ta nak, Che Ta boleh datang’. Saya pergi, tarik balik kes.
“Sebabnya, polis nak ambil telefon dia. Jadi, bila tarik balik kes, telefon dia tak kena rampas dan disiasat. Jadi, saya tarik balik kes dan tak bercakap dengan sesiapa,” katanya.
Che Ta ditemui di tayangan media filem Mat Kola yang turut dibintanginya di samping beberapa pelakon lain antaranya Ropie Cecupak, Taiyuddin Bakar, Usop, Azman Ahmad, Puteri Hanan dan ramai lagi. HM
Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin diketepikan, Mahathir dilantik penasihat negeri diperintah PN
- Najib mahu AGC sahkan memo bocor benar-benar wujud dan tulen
- Syed Saddiq ayam jaguh tapi ekor bergelumang tahi
- Rasuah Jana Wibawa, Adam Radlan dibicara Mei tahun depan
- Chegubard mengaku ditangkap kerana gagal hadir membantu siasatan
- Fasha Sandha mandi dengan suami buat netizen jadi panas (Video)
- Anakanda Agong, Raja Permaisuri, tampan dan cantik
- Saya bersedia untuk poligami tapi dia tinggalkan saya – Fauziah
- ‘Mengapa kahwin dengan saya kalau nak jadi curang’!
- Ahli Parlimen Melayu DAP sokong perhimpunan “Selamatkan Malaysia”
- Anak Que Haidar macam Barbie (Video)
- Demo anti-Zahid pindah tempat, Kampung Bharu jadi ‘kambing hitam’
- Fasha kehilangan ramai ‘followers’ kerana ‘upload’ aksi ghairah
- Bekas menantu Zainal Abidin rayu jangan seksanya lagi
- Farid, Diana mahu rujuk semula
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu