Malaysia miliki 3 unsur nadir bumi cecah RM1 trilion

Malaysia miliki 3 unsur nadir bumi cecah RM1 trilion

Malaysia memiliki tiga unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dianggarkan berjumlah 16.1 juta tan metrik dengan nilai komersial hampir RM1 trilion.

Pengarah Pusat Kelestarian Mineral dan Teknologi Pemulihan Sumber Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Yusri Mohd Yunus berkata, sumber itu dianggarkan mencecah RM2 juta setiap tan metrik dengan keseluruhan nilai pasaran RM809.6 bilion.



Praseodymium, Neodymium dan Dysprosium yang banyak terdapat di Terengganu, Kelantan, Perak, Pahang serta Kedah adalah elemen utama dalam penghasilan magnet berkuasa tinggi bagi menghasilkan motor elektrik kereta hibrid/elektrik, turbin angin, perkakasan elektrik rumah dan industri, skrin serta pembesar suara telefon bimbit.

Tanpa tiga unsur itu, katanya, peralihan kepada tenaga hijau mustahil dilaksanakan.

“Dianggarkan pada 2030, antara 40,000 hingga 70,000 tan metrik unsur itu diperlukan untuk menghasilkan bateri teknologi kenderaan elektrik serta magnet berprestasi tinggi,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai kilang memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng yang patut dijadikan sumber untuk negara meneroka bidang terbabit.



“Kepakaran dimiliki anak tempatan bekerja di Lynas boleh dijadikan aset untuk pembangunan loji pemprosesan unsur nadir bumi bukan radioaktif negara.

“Contohnya di Pahang, jika dikomersialkan, unsur nadir bumi bebas radioaktif yang banyak terdapat di Kuantan, Gambang dan utara Pahang boleh digunakan lebih 100 tahun,” katanya sambil menambah pendapatan mampu diperoleh Pahang boleh mencecah berbilion dolar.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 berkata, kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah NR-REE bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber itu. FMT

Malaysia miliki 3 unsur nadir bumi cecah RM1 trilion



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kau pondan tiada anak, Che Ta ‘taji’ Diva AA



Aisar Khaled sedekah RM60 ribu seminggu

Mondy dakwa Ebit usap-usap tangannya



Fasha, Aidil keterlaluan tayang aksi ghairah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker