Edar satu juta al-Quran usaha didik, martabatkan Islam – Anwar

Edar satu juta al-Quran usaha didik, martabatkan Islam – Anwar

Usaha mencetak dan mengedarkan satu juta naskhah al-Quran ke seluruh dunia disifatkan sebagai salah satu gagasan Kerajaan Perpaduan dalam memartabatkan Islam.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah tersebut juga bagi mendidik dan memberikan penghayatan tentang Islam kepada seluruh masyarakat tanpa mengira agama.



“Ini saya cuba singkap dalam konsep Malaysia Madani. Meskipun dirangkumkan semua tentang negara termasuk tatakelola, ekonomi ihsan serta amanah tetapi soal nilai dan akhlak, yang jadi teras mestilah agama dan al-Quran.

“Ini usaha yang murni, dan saya sebut berulang kali. Ini antara gagasan penting untuk berikan makna kepada penghayatan Islam dan martabatkan umat dan negara,” kata Perdana Menteri di sini pada Jumaat.

Beliau berucap pada Majlis Penghantaran tiga kontena al-Quran untuk Solidariti Wakaf Sejuta Naskhah al-Quran berlangsung di Kompleks Nasyrul Quran, di sini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata apa yang berlaku termasuk insiden membakar al-Quran di Sweden dan penentangan terhadap Islam adalah kerana kejahilan yang menebal.



Justeru, Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan adalah penting untuk memberi mesej mengenai kebaikan Islam termasuk menerusi penganjuran majlis-majlis agama.

Sebanyak 30,000 nashkah al-Quran dengan terjemahan bahasa Inggeris dan Cina dihantar ke tiga negara iaitu Australia, Kanada dan United Kingdom (UK), hari ini.

Ia merupakan sebahagian daripada fasa pertama yang diuruskan oleh Yayasan Restu, dengan sasaran untuk mencetak dan mengedarkan 500,000 naskah al-Quran pada tahun ini.

Pada Januari lalu, Perdana Menteri berkata Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskah al-Quran di Sweden.



Percetakan dan pengedaran al-Quran akan dilaksanakan dalam dua fasa yang mensasarkan 500,000 naskhah untuk setiap fasa.

Untuk fasa pertama, penerbitan dan percetakan yang sedang dilaksanakan oleh Yayasan Restu terdiri daripada al-Quran al-Karim dengan terjemahan dalam bahasa Sweden, Inggeris, Sepanyol Latin, Cina/Mandarin, Khmer, Perancis, Tamil, Tagalog serta Hindi.

Pengagihan menyasarkan negara-negara tertentu dengan kerjasama pelbagai pihak seperti kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan. Aw

Edar satu juta al-Quran usaha didik, martabatkan Islam – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kak KM maki suami langgar kereta kesayangan? (Video)



Abah pilih dia ceraikan mak dan anak-anak sekali

Azhar Ali kembali ‘Scam’ jadi Perdana Fellow Di MITI?



Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker