Pemimpin AMK jangan main keadilan bela kroni – Nur Jazlan

Pemimpin AMK jangan main keadilan bela kroni – Nur Jazlan

Angkatan Muda Keadilan (AMK) diminta tidak hanya menjadi hero dalam kes Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebaliknya membisu apabila pemimpin Pakatan Harapan (PH) dikaitkan dengan kes salah guna kuasa dan rasuah.

Sebaliknya, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed, menyifatkan pemimpin AMK hanya menjadi ‘boneka bisu’ apabila hanya berdiam diri bila kemungkaran dalam puak mereka berlaku.



Sehubungan itu Nur Jazlan menasihatkan AMK supaya jangan hanya mahu menegakkan keadilan sebelah pihak sahaja namun apabila ia berlaku pada kumpulan mereka ia ditutup sebelah mata.

“AMK begitu sedap bersilat kononnya Jabatan Peguam Negara (AGC) seperti sudah dibeli oleh tangan-tangan ghaib.

“Untuk AMK, sebelum ini saya pernah nasihat DAP supaya jaga sensitiviti rakan dalam Kerajaan Perpaduan dan perkara yang boleh dibincangkan dalam Sekretariat Kerajaan Perpaduan tak perlulah dihebohkan.

“AMK tak payah tunjuk nak jadi hero dalam kes seperti itu kerana mereka kena juga lihat balik track record mereka ketika Kerajaan PH berkuasa pada 2018.



“Berapa banyak kes yang babitkan pemimpin PH sama ada dari DAP dan PKR telah digugurkan oleh Peguam Negara yang dilantik oleh Kerajaan PH pada tahun 2018.

“Masa itu pun pemimpin AMK juga jadi boneka bisu apabila hanya berdiam diri bila kemungkaran dalam puak mereka berlaku,” katanya dalam kenyataan dimuat naik dalam akaun Facebook, hari ini.

Pada 7 September lalu, AMK dilaporkan menggesa kerajaan mengadakan satu sesi Parlimen khas bagi membahaskan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Naib Ketua AMK, Tyra Hanim Razali,dilaporkan berkata, satu tempoh masa juga perlu diberi bagi membolehkan siasatan dilakukan AGC untuk mencari bukti baharu kes berkenaan.



Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 8 September lalu dilaporkan berkata keputusan DNAA Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) daripada 47 pertuduhan tidak boleh dibahas dalam sidang khas Dewan Rakyat.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, ini kerana platform Parlimen tidak boleh ditukar untuk berperanan sebagai sebuah mahkamah untuk membincangkan mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Ahmad Zahid.

Dalam pada itu, Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, beliau boleh saja bersetuju dengan desakan Naib Ketua AMK yang mahu Kerajaan membuat satu sidang khas Parlimen untuk bincangkan tentang kes DNAA Ahmad Zahid.

Katanya, ia termasuk memanggil bekas Peguam Negara untuk berikan penjelasan tentang kes berkenaan.



“Namun sidang khas Parlimen itu bukan hanya untuk bincang tentang kes Ahmad Zahid sahaja namun harus juga bincangkan juga kes-kes lain membabitkan pemimpin DAP dan PKR.

“Kena panggil juga bekas Peguam Negara zaman PH, Tommy Thomas untuk berikan penjelasan. Jangan hanya kononnya nak tegakkan keadilan sebelah pihak saja tapi sebelah mata lagi ditutup rapat. Keadilan apa yang dicari sebenarnya, keadilan berat sebelah atau keadilan bela kroni,” katanya. BH

Pemimpin AMK jangan main keadilan bela kroni – Nur Jazlan

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker