Saya dimadukan isteri

Saya dimadukan isteri

Tindakan seorang isteri ‘memadukan’ suaminya terbongkar selepas pernikahan kedua wanita terbabit dipertikai suami pertama yang mendakwa mereka masih pasangan suami isteri yang sah.

Peniaga, Rahaman Mohamed Jaafar, mengemukakan tuntutan faraq (pembubaran sementara) nikah terhadap wanita terbabit.



Rahaman, 47, mendakwa isterinya – yang berusia 32 tahun – sudah bernikah dengan lelaki lain yang berusia 42 tahun baru-baru ini.

Menurut Rahaman, pada asalnya wanita terbabit sudah berkahwin untuk kali pertama dengan lelaki lain sebelum mereka bercerai.

Dia kemudian mengahwini wanita berkenaan pada 2 Jan 2019 di Selatan Thailand dan ia merupakan pernikahan keduanya. Namun wanita terbabit menghilangkan diri sejak Jan tahun ini.

“Pernikahan kami disahkan cukup syarat mengikut hukum syarak oleh Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, Kelantan, pada 6 Jun 2023 lalu dan pernikahan ini didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah,” katanya kepada media ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, hari ini.



Menurut Rahaman sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu sudah mengeluarkan perintah bahawa perkahwinan di antara wanita terbabit dengan ‘suami’ keduanya difaraqkan sementara sehingga kes tersebut selesai.

Terdahulu Rahaman hadir ke mahkamah berkenaan bagi menghadiri prosiding keputusan lafaz cerai talak tiga yang difailkan wanita tersebut terhadapnya.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah Ahmad Hariri Mohd Saat kemudian memberikan tempoh 14 hari kepada Rahaman untuk membuat sumpah laknat bagi menafikan dakwaan isteri yang dia pernah melafazkan cerai tersebut.

Bercakap kepada media, Rahaman menegaskan, dia tidak pernah melafazkan cerai terhadap isterinya.



“Selepas kehilangan isteri pada Jan lalu, saya mendapat tahu di media sosial bahawa isteri saya akan berkahwin dan perkara itu mengejutkan kerana saya tidak pernah menceraikan dia, dan kami masih suami isteri,” katanya.

Rahaman berkata selepas saya membuat semakan dia mendapati isterinya membuat permohonan untuk berkahwin dengan lelaki lain di Besut, Terengganu pada April lalu.

Katanya, dia percaya wanita terbabit menggunakan surat cerai perkahwinan pertamanya sebagai bukti untuk berkahwin buat kali ketiga.

Menurut Rahaman, perkahwinannya tidak direkodkan di mana-mana jabatan agama kerana masih dalam proses sehinggalah ia disahkan pada 6 Jun lalu. Mk



Saya dimadukan isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker