Isham wajar letak jawatan sebagai MKT UMNO

Isham wajar letak jawatan sebagai MKT UMNO

oleh Sabri Hisham

Sejak tidak lagi dilantik semula sebagai Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil makin kuat bersuara supaya UMNO harus bergerak solo dan tidak bersama dengan Pakatan Harapan.



Perkara kerjasama dengan Pakatan Harapan telah diputuskan semasa dia masih Ketua Penerangan UMNO.

Kenapa waktu itu Isham tidak membantah?

Dalam keadaan UMNO hari ini untuk bergerak solo adalah sesuatu tindakan yang bodoh. UMNO perlu rakan strategik untuk kembali bangkit.

Sekiranya UMNO bersama PN, UMNO hanya akan melukut di tepi gantung.
PN telah pun dikuasai oleh PAS. Bila tiba pilihan raya maka PAS akan bertanding di majoriti kawasan yang sama ditandingi UMNO.



Lagi pun mahukan UMNO ditikam kali kedua oleh PAS? PAS telah pun menikam UMNO bila menubuhkan Perikatan Nasional bersama Bersatu yang memang mahu menghapuskan UMNO.

Pakatan Harapan sebaliknya setakat ini terbukti menjadi sahabat yang baik di dalam keadaan UMNO yang lemah. Malah perlu bersyukur UMNO yang ada sedikit kerusi pun masih dalam kerajaan dan mempunyai banyak jawatan penting dalam kerajaan.

Pakatan Harapan tidak mengetepikan UMNO malah memberi keutamaan kepada UMNO.

Ya UMNO memang lama memusuhi DAP tetapi di dalam politik tiada musuh atau kawan yang kekal.



Tiada beza pun antara MCA, Gerakan atau DAP.

Adalah lebih memberi manfaat bila DAP bekerjasama dengan UMNO. Ini adalah kerana DAP juga tidak dapat membuat tuntutan yang bukan-bukan. Secara umum, suasana politik akan terkawal dan ia adalah baik untuk negara.

Kerajaan perpaduan masih baru, patut diberi masa untuk melihat keberkesananya. Sekiranya ia gagal maka tukarlah kerajaan PRU16 nanti.

Kembali kepada Isham Jalil, beliau seperti mahu dipecat atau digantung kerana cuba mahu menjadi popular.



Sepatutnya kalau dah tak setuju dengan keputusan parti dan MKT, letak saja jawatan.

Isham wajar letak jawatan sebagai MKT UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mana Malique sembunyi?

Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania



Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker