Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Wanita PKR Kelantan meminta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai penganjuran konsert kemuncak program Karnival Jom Heboh (KJH) di Kota Bharu malam tadi yang bercampur lelaki dan wanita.

Ketuanya, Nor Azmiza Mamat berkata, berdasarkan gambar dan rakaman video jelas menunjukkan penganjuran konsert anjuran Media Prima itu tidak mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998.



“Berdasarkan kumpulan foto dan video yang tular berkenaan suasana di malam penganjuran konsert, jelas terpapar percampuran tempat duduk antara lelaki dan perempuan sehingga menimbulkan persoalan tentang penguatkuasaan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998 yang melanggar garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Dalam foto dan video, selain garis panduan pengasingan penonton lelaki dan perempuan yang tidak dipatuhi, Wanita PKR Kelantan turut prihatin tentang penatacahayaan kawasan penonton yang malap yang boleh mempengaruhi kebarangkalian untuk berlakunya perkara yang tidak diingini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Nor Azmiza berkata, keadaan itu bercanggah dengan jaminan anggota exco Kelantan, Mohd Asri Mat Daud sehari sebelum acara berlangsung yang mengatakan karnival itu akan mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 dan dasar Membangun Bersama Islam (MBI).


Baca Artikel Menarik:

Husna dihimpit lelaki ‘hidung belang’




Malah katanya, Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohamed Fadzli Hassan juga menyatakan KJH akan melakukan pengasingan jantina.

“Jelas kenyataan ini adalah kontradik dengan apa yang berlaku semasa konsert berkenaan pengasingan penonton.

“Sehubungan itu, kami memohon kerajaan negeri memberi penjelasan tentang penguatkuasaan enakmen berikut semasa konsert berlangsung,” katanya.



Ini bukan kali pertama kerajaan negeri pimpinan PAS menerima kritikan berhubung acara hiburan yang dianjurkan di negeri-negeri pimpinan parti Islam itu.

Pada Oktober tahun lalu, penganjuran konsert Riuh Sokmo di Kelantan menerima kecaman kerana dikatakan tidak patuh syariat dengan sebahagian penonton dilihat menari mengikut rentak lagu.

Selepas itu, tular pula video sebuah konsert tidak jauh dari Masjid Zahir di Kedah kerana memaparkan aksi penonton melompat dan menari ketika menyaksikan persembahan.

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Bunian ajak Tom menyanyi

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker