Husna dihimpit lelaki ‘hidung belang’

Husna dihimpit lelaki ‘hidung belang’

Berdepan cubaan dihimpit lelaki ‘hidung belang’ bagai sudah menjadi menjadi asam garam dalam kehidupan selebriti wanita.

Namun, lali berdepan senario itu, Husna Mustaffa, 36, menganggap segala-galanya bergantung kepada niat individu apabila perkara itu terjadi.



Dengan status sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata berusia 13 dan 10 tahun, Husna enggan mempersiakan kepercayaan suami.

“Perkara ini (dihimpit lelaki ‘hidung belang’) adalah lumrah. Memang kita kena hadapi apabila terjun dalam bidang seni.

“Ada yang mengajak keluar makan malam dan hantar mesej langsung (DM) yang bukan-bukan… Itu semua perkara biasa.

“Saya abaikan sahaja dan sekat orang macam itu. Jadi, ini, sebenarnya terpulang kepada niat kita. Kalau kita izinkan perkara itu berlaku, terjadilah ia.



“Mungkin juga yang ajak keluar dan hantar DM tidak tahu status saya yang sudah berkahwin. Jadi, saya berterus terang dan tidak pernah rahsiakan status diri,” katanya yang memegang watak Hajar dalam drama Bukan Cinta Sempurna arahan Azri Izhar yang disiarkan slot Tiara di Astro Ria.

Ditanya bagaimana penerimaan suami berikutan beliau bukan dalam kalangan penggiat industri kreatif, Husna berkata suaminya bersikap terbuka.

“Setakat ini suami beri kepercayaan penuh kepada saya. Dia jarang menunjukkan emosi seperti cemburu atau sebagainya.

“Tetapi, bagi saya, perkara itu penting. Jadi, saya cuba tidak mempersiakan kepercayaan suami,” katanya.



Berkongsi mengenai perjalanan karier seni, Husna yang memulakan langkah dalam dunia lakonan ketika berusia lewat 20-an, tidak pernah menganggap pembabitan dalam dunia kreatif, terlambat.

Husna terjebak dalam dunia lakonan secara tidak sengaja apabila pemilik Global Station Sdn Bhd, Datuk Zaiton Mohd Jiwa melihat kemunculannya pada acara fesyen.

“Ketika itu, saya peragakan pakaian. Kebetulan Zaiton hadir pada acara itu dan tawarkan saya peluang berlakon di bawah syarikat penerbitannya.

“Pada mulanya, saya tidak minat bidang seni. Namun, apabila sudah cuba, timbul rasa seronok.



“Bagi saya, tidak terlambat biarpun terjun ke dalam dunia seni pada usia 29 tahun.

“Cuma, ketika mula dahulu, agak bergelut mendapatkan tempat. Namun, sekarang, Alhamdulillah, kerjaya seni saya selesa,” katanya yang mula bertapak sebagai model.

Antara drama dibintangi Dua Takdir Cinta, Kerana Cinta Itu Ada, Cinta Tiada Ganti dan Kerasnya Takdir.

Pernah bertugas sebagai juru teknologi makmal di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam. BH



Husna dihimpit lelaki ‘hidung belang’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa

Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker